suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ed Sheeran, Martin Garrix singgah majlis kahwin peminat, beri 'konsert' kejutan

Ed Sheeran, Martin Garrix buat kejutan kepada pengantin.

PENYANYI Ed Sheeran dan DJ Martin Garrix membuat kejutan apabila singgah ke majlis perkahwinan seorang peminat sejurus selesai mengadakan persembahan di Chicago, Amerika Syarikat, pada Sabtu.

Pada hari itu, Garrix mengadakan konsert di Huntington Bank Pavilion, Northerly Island, manakala Sheeran pula menghiburkan peminat di Soldier Field yang juga terletak berhampiran.

Abang pengantin perempuan menghubungi Garrix menerusi mesej peribadi di media sosial dan bertanya sama ada dia sudi singgah ke majlis tersebut yang kebetulan berlangsung berhampiran lokasi persembahannya.

Kejadian tersebut berlaku secara spontan. 

Sheeran mengetahui perkara itu selepas Garrix menerima mesej berkenaan, sebelum kedua-dua mereka berbincang dan memutuskan untuk singgah ke majlis perkahwinan tersebut.

Mereka kemudian berangkat ke lokasi majlis perkahwinan di Adler Planetarium untuk memberi kejutan istimewa buat pasangan berkenaan.

Pasangan pengantin dan para tetamu dilihat terkejut apabila dua selebriti berkenaan muncul dan berjalan masuk ke dewan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran sumbang RM900,000 kepada sekolah lamanya selama dua tahun

ARTIKEL BERKAITAN: Ed Sheeran kemurungan dapat tahu isteri hidap tumor, tulis lagu sebagai terapi

Garrix mengambil tempat di meja DJ manakala Sheeran memegang mikrofon sebelum mereka mempersembahkan lagu kolaborasi berjudul Repeat It.

Suasana majlis perkahwinan itu bertukar seperti sebuah konsert dengan serta-merta apabila para tetamu dilihat terhibur sambil menari mengikut rentak persembahan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain