suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tio Pakusadewo harap anak-anak pulang menjenguk

Tio mahu anak-anak menziarahinya.

PELAKON senior Indonesia, Tio Pakusadewo mengungkapkan hasrat agar dapat meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anaknya selagi masih hidup.

Bukan sekadar mengharapkan perhatian, malah Tio, 62, tidak mahu anak-anaknya menyesal apabila dia sudah meninggal dunia kelak.

Apatah lagi dengan keadaannya kini yang berdepan masalah jantung.

Tio kini mempunyai masalah jantung. 

"Jenguklah saya seminggu sekali sudah cukup, ingatlah saya.

"Jangan menyesal selepas saya sudah tiada," luahnya.

Tio berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam sebuah program televisyen.

ARTIKEL BERKAITAN: Harry Styles rebah di pentas akibat tersedak air

ARTIKEL BERKAITAN: Uut Permatasari simpan baju 'busuk' suami buat pelepas rindu

Dia juga dilihat tidak dapat menahan air mata ketika bercakap mengenai anak-anaknya.

Kisah Tio sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia terpaksa menerima rawatan di sebuah hospital akibat masalah jantung.

Pelakon filem The Raid 2 itu selamat menjalani prosedur pemasangan stent dan kini perlu menggunakan kerusi roda kerana keadaannya masih belum stabil.

Untuk rekod, Tio memiliki tiga orang anak daripada perkahwinan yang berbeza-beza. Ketiga-tiga anak itu kini sudah memiliki keluarga sendiri dan tinggal berasingan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain