suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kawalan polis majlis kahwin Taylor Swift cecah RM700,000

Taylor (kanan) dan Travis dijangka melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat.

MAJLIS perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce dijangka melibatkan perbelanjaan besar apabila kos kawalan polis di Madison Square Garden (MSG) sahaja dianggarkan mencecah hampir AS$160,000 (sekitar RM700,000).

Menurut sumber dalam Jabatan Polis New York (NYPD), lebih 70 detektif dari pelbagai kawasan di seluruh bandar itu akan ditugaskan bagi mengawal sesi raptai pada Khamis serta majlis perkahwinan pada Jumaat.

Pasukan berkenaan dijangka bertugas selama lapan jam setengah dengan kadar bayaran sekitar AS$80 hingga AS$90 (kira-kira RM350 hingga RM400) sejam, menjadikan anggaran kos bayaran mereka sekitar AS$95,200 (sekitar RM417,000).

Taylor dan Travis (kiri) bertunang pada September 2023.

Selain itu, lebih 50 lagi anggota polis akan ditempatkan di MSG. Kebanyakan mereka terdiri daripada anggota baharu yang menerima bayaran sekitar AS$70 (RM310) sejam untuk syif selama sembilan jam, dengan kos tambahan dianggarkan kira-kira AS$63,000 (RM276,000).

Sumber turut mendakwa beberapa pegawai kanan NYPD akan terlibat dalam tugasan keselamatan berkenaan, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kos gaji dijangka melebihi AS$160,000 (RM700,000).

ARTIKEL BERKAITAN: Khabar angin majlis kahwin Taylor Swift di New York, tetamu dikawal ketat masuk guna bas khas

ARTIKEL BERKAITAN: Netizen hidu Taylor Swift, Travis Kelce kahwin secara rahsia

Sebelum ini, laporan menyebut Taylor sanggup membayar sekitar AS$1 juta (RM4.4 juta) setiap malam untuk menyewa MSG sekurang-kurangnya selama tiga hari bagi menjayakan acara berkenaan.

Untuk rekod, Taylor dan Travis dilaporkan menjalin hubungan cinta sejak September 2023 selepas berpisah dengan pelakon Joe Alwyn. 

Taylor dan Travis kemudiannya sah bertunang pada Ogos tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain