suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vokalis Steelheart rakam semula lagu popular Mariah Carey, Without You

Miljenko merakamkan semula lagu Without You yang pernah dipopularkan Mariah Carey.

SELEPAS hampir tiga dekad tertangguh, vokalis kumpulan Steelheart, Miljenko Matijevic akhirnya melancarkan rakaman semula lagu Without You yang pernah dipopularkan penyanyi Mariah Carey.

Versi terbaharu Without You tampil dengan sentuhan lebih dramatik menerusi iringan orkestra yang membabitkan 40 pemuzik, sekali gus menyerlahkan kehebatan julat vokal empat oktaf yang dimiliki oleh Matijevic.

Menurut Miljenko, karya berkenaan merupakan antara persembahan vokal paling menyentuh perasaan yang pernah dirakam sepanjang perjalanan karier seninya.

Versi terbaharu Without You nyanyian Miljenko tampil dengan sentuhan orkestra.

Pelancaran lagu tersebut turut bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-30 Steelheart sejak kemunculan album sulung mereka yang dilancarkan pada 10 Julai 1990.

Album berkenaan yang memuatkan lagu popular, She's Gone berjaya mencipta kejayaan apabila mencatat jualan 33,000 unit pada hari pertama pelancarannya di Jepun.

Malah, ia turut menerima pengiktirafan platinum dan menduduki tangga ke-40 dalam carta Billboard 200 ketika itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mariah Carey mengaku masih tak kenal Jennifer Lopez

ARTIKEL BERKAITAN: Die On This Hill buat nama Sienna Spiro meledak, digelar ‘New Adele’ gen Z

Untuk rekod, Without You hasil ciptaan Pete Ham dan Tom Evans daripada kumpulan Badfinger mula diperkenalkan pada 1970 sebelum menjadi lagu malar segar menerusi nyanyian beberapa artis terkenal dunia termasuk Harry Nilsson, Air Supply dan Mariah Carey.

Malah, versi nyanyian Mariah Carey yang diterbitkan pada 1996 pernah menjadi fenomena apabila menduduki tangga teratas carta muzik di lebih 12 negara serta muncul antara single paling laris di United Kingdom.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berikut

Artikel Lain