SEBAGAI penyanyi berpengalaman, Hetty Koes Endang mempunyai rutin tersendiri sebelum membuat persembahan bagi memastikan suaranya sentiasa berada pada tahap terbaik.Menurut Hetty, 68, selain menggunakan semburan tekak, dia turut mengamalkan mengunyah cekur sejak berusia 14 tahun dan masih meneruskan amalan itu sehingga hari ini. "Setiap kali menyanyi, walaupun hanya menghadiri program bual bicara yang mempunyai segmen nyanyian, saya tetap menggunakan semburan ini untuk tekak," katanya seperti dipetik Detik Hot.Hetty amalkan cekur untuk miliki suara merdu.Bagaimanapun, Hetty berkata amalan mengunyah cekur bukanlah rahsia utama di sebalik keupayaannya mengekalkan kualiti suara selama berdekad."Belum tentu orang yang mempunyai suara yang bagus makan cekur. Ini cuma amalan saya," ujarnya.Menurut Hetty, amalan mengunyah cekur diwarisi daripada ahli keluarganya yang sejak dahulu lagi mengamalkan pengambilan jamu tradisional.ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyi ‘Kasih’ di Malaysia tanpa izin, Hetty Koes Endang berdepan hukuman penjara dan denda RM150,000ARTIKEL BERKAITAN: Hetty Koes Endang bersuara isu langgar hak cipta ‘Kasih’, minta penganjur konsert bertanggungjawabSelain itu, dia turut mengamalkan minuman herba setiap pagi yang mengandungi kunyit, halia dan temulawak, selain kayu manis serta bunga cengkih yang direbus.Walaupun berasa lebih cergas dengan rutin tersebut, Hetty menegaskan manfaat yang dirasainya adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan tidak semestinya memberi kesan yang sama kepada orang lain.Jelasnya, amalan itu hanya sebahagian daripada rutin harian yang diamalkan bagi menjaga kesihatan badan dan suara agar sentiasa berada dalam keadaan terbaik.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!