PELAKON Aamir Khan selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Gauri Spratt dalam satu majlis yang berlangsung pada Ahad. Majlis tersebut mencuri tumpuan ramai kerana diadakan secara sederhana di kediamannya di Mumbai, India dengan hanya ahli keluarga serta rakan terdekat. Tanpa acara besar-besaran seperti kebanyakan pelakon terkenal lain, Aamir, 61, memilih konsep serba ringkas untuk meraikan hari bahagianya bersama Gauri. Majlis Aamir dan Gauri diraikan bersama keluarga dan teman rapat. Malah menerusi beberapa video yang tersebar, kelihatan pelakon itu hanya mengenakan busana ringkas dan tidak kelihatan seperti kebanyakan pengantin lelaki di India yang lain. Kedua-dua mereka hanya duduk di atas lantai menandatangi dokumen sebagai tanda pendaftaran perkahwinan tersebut. Tetamu yang hadir juga tampil berpakaian ringkas duduk di sekeliling mereka ketika upacara tersebut. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun bercinta, Aamir Khan menghitung hari tamatkan zaman duda ARTIKEL BERKAITAN: Bijak sorok kisah cinta, Aamir Khan akhirnya dedah identiti kekasihIni merupakan perkahwinan ketiga buat Aamir dan yang kedua buat Gauri.Untuk rekod, Aamir sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Reena Dutta pada 1986, namun bercerai selepas 16 tahun berkahwin.Gauri merupakan sahabat Aamir yang dikenalinya sejak lebih 20 tahun. Dia kemudian kembali bertemu jodoh dengan Kiran Rao pada 2005, namun hubungan mereka berakhir pada 2021.Aamir memiliki tiga orang anak hasil daripada dua perkahwinan terdahulu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!