suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wang Leehom terima 39 jahitan, jatuh ketika konsert

Wang Leehom terima 39 jahitan di bahagian telinganya.

PENYANYI Wang Leehom menerima 39 jahitan selepas terjatuh ketika mengadakan konsert jelajah The Best Place II di Chengdu, China pada 4 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, Wang, 50, dipercayai tersadung pada tali keselamatan ketika menuruni platform sebelum bahagian kiri wajahnya terhentak pada lantai pentas.

Tidak mahu mengecewakan peminat, penyanyi berkenaan bangun semula dan meneruskan persembahan di hadapan kira-kira 40,000 penonton.

Wang terjatuh menyebabkan bahagian kiri wajahnya terhentak.

Menerusi perkongsian di media sosial, Wang berkata telinga kirinya mengalami kecederaan serius selepas alat pemantau telinga yang dipakainya pecah akibat hentakan kuat.

"Darah keluar dengan banyak sehingga saya tidak dapat memakai alat pemantau di telinga kiri sepanjang baki persembahan. Saya menghabiskan konsert hanya menggunakan telinga kanan.

"Apabila membuat persembahan di hadapan 40,000 peminat, saya langsung tidak rasa sakit. Persembahan mesti diteruskan," katanya.

Selepas konsert berakhir, Wang dikejarkan ke hospital dan menerima 27 jahitan pada telinga serta 12 jahitan pada bahagian wajah.

ARTIKEL BERKAITAN: V BTS kurang rehat, cuma tidur 2 jam ketika jelajah konsert

ARTIKEL BERKAITAN: Aamir Khan kahwin lagi, majlis ringkas dalam rumah

Bagaimanapun, hasil imbasan mengesahkan dia tidak mengalami sebarang kecederaan pada otak atau tengkorak.

Sementara itu, agensi pengurusannya memaklumkan siasatan awal mendapati insiden tersebut berpunca daripada kesilapan dalam pengendalian kabel keselamatan ketika penyanyi itu diturunkan ke pentas.

Menurut agensi itu, siasatan dalaman sedang dijalankan terhadap pihak yang bertanggungjawab, selain prosedur keselamatan pentas akan diperkemaskan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain