PENYANYI dan pelakon Natalie Imbruglia mendedahkan dia pernah melalui fasa sukar selepas meninggalkan drama popular Neighbours, termasuk terpaksa tinggal di ruang bawah tanah sebuah rumah agam di Chelsea, London.Menurut laporan Mirror UK, Natalie, 51, berkata ketika itu dia berdepan masalah mendapatkan visa untuk bekerja sebagai pelakon di England, selain peluang kerjaya yang semakin terhad. Lebih menyedihkan, Natalie mengakui dia tidak mempunyai wang yang mencukupi sehingga terpaksa tinggal di ruang bawah tanah rumah berkenaan, walaupun berada di kawasan mewah Chelsea.Natalie popular menerusi lagu Torn."Selepas itu saya pergi ke England dan ketika itulah saya tidak dapat visa untuk bekerja sebagai pelakon. Mereka ketika itu memang mengetatkan syarat kerana pelakon Neighbours dikatakan mengambil peluang kerja pelakon tempatan."Saya tinggal di ruang bawah tanah di rumah seseorang di Chelsea. Ia agak pelik kerana saya tidak mempunyai wang tetapi berada di Chelsea, di sebuah rumah agam besar, sedangkan saya hanya tinggal di ruang bawah tanah.ARTIKEL BERKAITAN: Dulu bintang terkenal, kini hidup gelandanganARTIKEL BERKAITAN: Pelakon gelandangan tak lagi hidup melarat, ditempatkan di hotel hasil bantuan rakan artis"Ketika itu, banyak perbualan saya dengan Tuhan dan berharap sekiranya saya diberikan peluang sekali lagi. Itu merupakan tempoh yang sukar kerana saya kehabisan wang," katanya.Bagaimanapun, kehidupan Natalie mula berubah selepas dia menceburi bidang muzik dan menandatangani kontrak rakaman bersama RCA.Pada 1997, Natalie melancarkan album sulung berjudul Left Of The Middle yang kemudiannya membuka lembaran baharu dalam kerjaya seninya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube