suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dulu terbeban, kini Zara Leola bangga jadi anak Enda Ungu

Zara bangga meneruskan legasi bapanya dalam dunia muzik.

BERGELAR anak kepada seorang artis terkenal bukanlah suatu perkara yang mudah buat penyanyi muda Zara Leola.

Menurut Zara, 20, meskipun mencipta nama dengan bakat sendiri, dia tidak terlepas daripada kritikan orang ramai yang membuat perbandingan dengan bapanya, Enda, yang juga merupakan gitaris kumpulan Ungu.

Baginya, setiap kata-kata itu memberi satu tekanan dan dalam masa sama membuatkan dia lebih berhati-hati dalam setiap tindakan agar tidak menjejaskan nama baik kumpulan Ungu.

Zara bersama Pasha (kiri) dan Kiesha. 

"Di awal memulakan kerjaya, saya ada rasa begitu. Rasa terbeban dan serba salah.

"Orang akan cakap 'semuanya sebab anak artis' atau 'anaknya kurang bagus'," katanya.

Biarpun begitu, Zara sentiasa melihat perkara tersebut daripada sudut positif dan menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk dia lebih berjaya dalam dunia seni.

Malah, pengalaman memulakan kerjaya pada usia kanak-kanak membuatkan Zara lebih matang dalam berfikir dan kini menganggap statusnya sebagai anak seorang artis popular merupakan satu kelebihan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Duit dia biar masuk tabung saja“ - Kiesha sudah jana pendapatan, Pasha Ungu tetap beri wang saku 

ARTIKEL BERKAITAN: Sedar diri punca Pasha Ungu tolak tawaran berlakon dengan anaknya Keisha Alvaro

"Apabila semakin dewasa dan mempunyai banyak pengalaman, saya merasakan satu kelebihan apabila ayah juga berada dalam bidang yang sama.

"Saya sering belajar daripadanya dan kami selalu bertukar idea. Sekarang tidak lagi rasa tertekan, saya sangat gembira," ujarnya.

Terbaharu, Zara tampil dalam muzik video lagu terbaharu Ungu berjudul Utara Selatan yang turut menyaksikan kemunculan pelakon Kiesha Alvaro, iaitu anak kepada Pasha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain