suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Vino G Bastian tolak solekan nampak tua, sanggup gemuk demi watak

Vino mahu penonton puas dengan hasil kerjanya.

PELAKON Vino G Bastian sanggup mengambil langkah drastik menambah berat badan demi menjayakan watak Andi Budiman dalam filem terbaharunya berjudul Ayah, Aku Mahu Cerita.

Sebagai seorang aktor berpengalaman, Vino, 44, berpendapat cara tersebut perlu dilakukan supaya penonton dapat merasai sendiri emosi serta jalan cerita yang ingin disampaikan.

Bahkan, idea untuk menambah berat badan sebanyak lima kilogram dilakukan kerana dia tidak mahu ditatarias dengan solekan muka berkedut bagi membawa watak lelaki berusia.

Vino teliti dalam menghidupkan watak lakonannya. 

"Saya menonton versi asal filem ini dan mendapat cadangan daripada penerbit untuk mengubah penampilan supaya kelihatan lebih berusia.

"Tetapi saya tidak mahu nampak tua dengan muka berkedut," katanya.

Karya tersebut merupakan adaptasi filem asal produksi India berjudul Drishyam yang diterbitkan sekitar tahun 2013. 

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu terbeban, kini Zara Leola bangga jadi anak Enda Ungu 

ARTIKEL BERKAITAN: Mahalini tiada masalah bawa anak bekerja tapi dilarang hisap rokok, kena pakai ‘earplug‘

Tambah Vino, dia juga mendalami karakter yang diterjemahkan dalam filem asal dan memahami setiap sudut jalan cerita berkenaan.

"Watak Andi itu kegiatannya selalu menonton televisyen dan banyak duduk. Tempat kerja juga tidak jauh dari rumah. Maka, saya mahu naikkan berat badan supaya nampak gemuk.

"Usia watak itu juga tidak jauh dengan umur sebenar saya, jadi saya tak mahu nampak berkedut atau rambut beruban. Menambah berat badan adalah cara penyelesaian terbaik," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain