suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kecoh video Blueface tendang teman wanita sedang hamil masuk kolam renang

Peminat tidak berpuas hati dengan gurauan Blueface.

NAMA penyanyi rap Blueface menjadi perbualan hangat selepas video memaparkan dia menendang teman wanitanya yang sedang hamil ke dalam kolam renang tular di media sosial.

Menurut laporan TMZ, kejadian itu berlaku di kediaman Blueface di Santa Clarita, Los Angeles pada 12 Ogos lalu.

Difahamkan Blueface turut menendang seorang kanak-kanak lelaki dipercayai anak mereka ke dalam kolam renang. 

Antara babak video yang tular di media sosial.

Susulan itu, polis Los Angeles dilaporkan datang ke kediaman berkenaan selepas menerima laporan daripada individu yang melihat video tersebut menerusi siaran langsung.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat selepas pihak berkuasa bercakap dengan teman wanita Blueface, iaitu Nevaeh Akira.

Namun Nevaeh memberitahu tiada pergaduhan berlaku antara mereka selain dia juga tidak mengalami sebarang kecederaan susulan kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Blueface naik hantu gara-gara kekasih anak salah eja nama ketika cacah tatu

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Blueface naik hantu gara-gara kekasih anak salah eja nama ketika cacah tatu

Video berkenaan dipercayai dirakam ketika Blueface dan Nevaeh sedang melakukan siaran langsung sebelum tindakan penyanyi rap itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan penonton.

Hubungan Blueface dan Nevaeh sebelum ini turut menjadi perhatian selepas mereka mengumumkan kehamilan pada Februari lalu.

Mereka dilaporkan mula menjalin hubungan secara terbuka sejak penghujung 2025.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain