suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gara-gara terlepas cakap sejarah moyang, aktres murung dikecam netizen!

Pelakon perempuan ini menangis sehingga sesi penggambaran terpaksa dihentikan.

PELAKON Ha Young dilaporkan mengalami tekanan sehingga menangis ketika menjalani penggambaran drama terbaharu susulan kontroversi membabitkan sejarah keluarganya.

Menurut laporan media, keadaan tersebut menyebabkan produksi terpaksa dihentikan seketika dan kembali menyambung penggambaran apabila Ha Young sudah kembali tenang.

Situasi itu berlaku apabila Ha Young menerima kecaman hebat susulan kontroversi mengenai moyangnya, Ahn Sang Ho yang didakwa mempunyai kaitan dengan kegiatan pro-Jepun ketika zaman penjajahan Jepun di Korea.

Ha Young menerima kecaman hebat netizen. 

Kontroversi tercetus selepas Ha Young berkongsi mengenai sejarah keluarganya ketika muncul dalam program KBS2, Problem Child in House, pada 7 Ogos lalu.

Ha Young selepas itu memohon maaf selepas mengetahui mengenai sejarah moyangnya dan mengakui kesilapan kerana bercakap mengenai perkara tanpa memahami sepenuhnya konteks sejarah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video Blueface tendang teman wanita sedang hamil masuk kolam renang

ARTIKEL BERKAITAN: Vino G Bastian tolak solekan nampak tua, sanggup gemuk demi watak

Bagaimanapun, permohonan maaf itu tidak meredakan kemarahan netizen apabila sebahagian mereka masih tidak berpuas hati malah menyuarakan pendapat aktress itu sepatutnya menarik diri daripada drama terbaharu itu. 

Memandangkan drama itu sudah hampir memasuki peringkat akhir penggambaran, tindakan menggantikan Ha Young pada ketika ini juga dilihat bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain