SELEPAS bertahun-tahun mencipta nama sebagai bintang Disney Channel, pelakon Jennifer Stone mengejutkan peminat apabila mendedahkan dia kini bekerja sebagai jururawat di jabatan kecemasan.Jennifer, 33, yang popular menerusi watak Harper Finkle dalam siri Wizards of Waverly Place, bukan sahaja meninggalkan kehidupan glamor sebagai selebriti, malah pernah bertugas di barisan hadapan ketika pandemik Covid-19. Bagaimanapun, wanita itu tidak sepenuhnya melupakan dunia lakonan apabila kembali menjayakan watak Harper menerusi siri sambungan Wizards Beyond Waverly Place.Jennifer kembali bergandingan dengan Selena Gomez (kiri) dalam Wizards of Waverly Place.Lebih menarik perhatian, Jennifer masih menjalani tugasnya sebagai jururawat ketika kemunculannya semula dalam siri berkenaan.“Saya bertugas di jabatan kecemasan sepanjang hujung minggu, tetapi anda semua membuatkan saya tersenyum lebar pada pesakit.“Selepas sekian lama berjauhan, saya sangat bersyukur dapat kembali berlakon dan menerima kasih sayang daripada peminat,” katanya.Dalam pada itu, Jennifer turut membuka cerita mengenai pengalamannya ketika menjalani uji bakat untuk drama perubatan The Pitt.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh video Blueface tendang teman wanita sedang hamil masuk kolam renangARTIKEL BERKAITAN: Natalie Imbruglia pernah kehabisan wang, terpaksa tinggal bawah tanah rumah agamDia mendedahkan mengalami serangan panik ketika membaca satu babak yang mengingatkannya kepada pengalaman bekerja di jabatan kecemasan ketika pandemik.Pengalaman sebenar Jennifer sebagai petugas kesihatan di barisan hadapan membuatkan babak tersebut memberi kesan emosi yang cukup mendalam kepadanya.Jennifer sebelum ini mencipta populariti menerusi Wizards of Waverly Place yang turut dibintangi Selena Gomez dan disiarkan dari 2007 hingga 2012.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!