PELAKON Amerika Syarikat, Hayden Panettiere, yang terkenal dengan drama bersiri televisyen Heroes dan Nashville dilaporkan meninggal dunia.Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun. Khabar duka itu disahkan oleh bapanya kepada pemberita sekali gus menyifatkan aktres tersebut sebagai insan luar biasa.Bapa sahkan pemergian Panettiere."Dengan penuh dukacita, kami berkongsi berita pemergian tragis Hayden, insan tersayang kami. "Beliau adalah seorang yang luar biasa dan mempunyai semangat yang kuat, yang membawa kasih sayang serta kegembiraan tidak terhingga kepada semua yang mengenalinya serta kepada jutaan penonton yang menyaksikan lakonannya di kaca televisyen," katanya kepada pemberita.Bagaimanapun, sehingga saat ini punca kematian aktres tersebut masih belum didedahkan kepada media.ARTIKEL BERKAITAN: Hayden naik angin dengan wartawanARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Home Alone’ meninggal duniaPanettiere sebelum ini menerbitkan memoir berjudul This Is Me: A Reckoning yang menceritakan pengalaman hidupnya yang menghadapi ketagihan, kemurungan selepas bersalin sekitar Mei lalu.Malah pada 2024, Panettiere pernah dilaporkan berkongsi kesedihan selepas adik lelakinya, Jansen Panettiere meninggal dunia secara mengejut akibat masalah jantung.Sekadar info, Panettiere memulakan kerjaya sebagai pelakon kanak-kanak sebelum meraih populariti menerusi watak Claire Bennet dalam siri fiksyen sains Heroes dan Juliette Barnes dalam drama muzikal Nashville.Mendiang turut membintangi beberapa filem terkenal termasuk Remember the Titans, Raising Helen, Ice Princess, Scream 4 dan Scream VI.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!