suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hayden naik angin dengan wartawan

Bintang muda Hayden yang mudah naik angin.
Bintang muda Hayden yang mudah naik angin.
Bintang muda Hayden yang mudah naik angin.

TAK ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja bintang filem 'Heroes' Hayden Panettiere tiba-tiba naik angin dengan pihak media ketika upacara karpet merah di sebuah acara gala untuk mengumpul dana yang diadakan di Hawaii baru-baru ini.

Sebaik saja dia tiba di karpet merah, dia disapa oleh seorang jurugambar, dengan nada marah, dia terus menyuruh jurugambar itu beredar dari situ.

Tidak lama kemudian, aktres berusia 19 tahun yang baru berpisah dengan teman lelakinya Milo Ventimiglia, menunjukkan aksi yang sama dengan pihak media pula.

Apabila seorang wartawan cuba menyapanya dengan mengusik bahunya dan berkata,"Boleh saya bercakap dengan awak, Hayden?"

Dia terus menjawab, "Jangan awak cuba sentuh saya." Dan dengan nada yang menyindir Hayden menyambung, "Oh, saya tidak tahu pula saya akan ditemuramah?"

Tapi saat yang betul-betul mengecilkan hati para wartawan apabila Hayden dengan sombongnya berkata, "Awak semua buat hidup saya susah."

Dengan ayat itu, Hayden terus berlalu dengan angkuhnya tanpa menjawab sebarang soalan.

Ini bukan kali pertama, Hayden naik angin ketika di acara karpet merah.

Pada bulan Julai tahun lalu, aktres ini pernah mengugut hendak 'membunuh' seorang wartawan tabloid kerana menyiarkan berita perpisahan dengan bekas teman lelakinya, bintang "Laguna Beach" Stephen Colletti.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia