suria

Bapa Britney pecat tiga staff kerana dadah

Britney Spears teruja dapat membawa dua anak lelakinya - Preston (kiri)dan Jayden untuk mengikuti siri jelajah 'Circus Tour'nya.

BAGI memastikan yang anak kesayangannya tidak lagi bergantung kepada dadah, ayah Britney Spears telah bertindak memecat tiga staf yang bekerja dengan Britney.

Alasan yang diberikan ialah kerana ketiga-tiga mereka terlibat dengan dadah berlebihan.

Sebelum perkara ini menjadi mudarat dan untuk memastikan yang konsert 'Circus' Tour anaknya tidak terjejas maka ayah Britney terpaksa mengambil tindakan drastik demikian.

Bukan saja ayah Britney, malah pengurusnya juga agak tegas tentang soal disiplin Britney. Terutama bila konsert 'comeback' Britney sedang berlangsung.

"Disebabkan masalah peribadi Britney, dia memerlukan liputan insurans yang lebih bagi memastikan kejayaan siri konsert 'Circus tour'nya.

"Ianya adalah satu proses yang bukan mudah. Di belakang pentas, ayahnya begitu tegas memastikan tidak ada apa yang akan menghalang kejayaan konsert 'comeback' Britney yang begitu digembar-gemburkan," kata jurucakap penyanyi itu.

Sementara itu, Britney juga begitu gembira bila dua anak lelakinya dibenarkan mengikuti konsert 'Circus Tour' nya baru-baru ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain