suria

Dua 'wajah baru' Angelina Jolie dalam 'Salt'

Beginilah wajah terbaru Jolie dalam filem 'Salt'.
Beginilah wajah terbaru Jolie dalam filem 'Salt'.
Beginilah wajah terbaru Jolie dalam filem 'Salt'.

PEMINAT Angelina Jolie akan melihat penampilan menarik aktres kesayangan mereka dalam filem terbarunya 'Salt'.

Jolie akan mempunyai dua wajah berbeza untuk watak terbarunya dalam filem spy thriller yang mempunyai jalan cerita yang cukup menarik.

Dua wajah itu ialah - Jolie berambut hitam pekat dan satu lagi berambut 'blonde'.

Jarang sekali Jolie dilihat menggayakan watak sebegini tetapi disebabkan ingin memberikan variasi, beliau sanggup berbuat demikian.

Pengambaran filem ini telah mula dijalankan minggu lepas.

Jolie membawa watak bernama Evelyn A. Salt, seorang ejen CIA yang menjalani misi untuk membersihkan namanya.

"Salt adalah satu karektor yang anda tidak mungkin kenal," kata produser Lorenzo di Bonaventura.

"Sesiapa yang fikir mereka kenal dia, mungkin tidak tahu siapa dia sebenarnya. Dan bila dia memberitahu yang dia sedang menyamar, mungkin anda boleh percaya dia, mungkin tidak.

"Dia akan memberitahu anda agendanya, tapi perlukah anda mempercayainya?," kata produser itu.

Setelah membuat beberapa perubahan ke atas skrip asal, watak yang mulanya diberikan kepada Tom Cruise itu diserahkan kepada Jolie.

Filem ini akan turut dibintangi Liev Schreiber dan akan menemui peminat pada tahun hadapan.

Artikel Berikut

Artikel Lain