suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lee Dong Wook anggap kerja rumah tanggungjawab lelaki, akui selesa hidup sendiri

Dong Wook mengakui urusan kerja rumah adalah tanggungjawab lelaki.

PELAKON Lee Dong Wook mempunyai pandangan tersendiri mengenai pembahagian tugas dalam rumah tangga apabila menganggap kerja rumah bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Menurut Dong Wook, 44, kerja rumah memerlukan tenaga fizikal dan berpendapat golongan lelaki yang mempunyai kekuatan lebih sesuai untuk menguruskannya.

“Ini adalah pandangan peribadi saya. Saya rasa kerja rumah sepatutnya dilakukan oleh lelaki.

Dong Wook sudah biasa berdikari melakukan kerja-kerja rumah.

“Ia memerlukan tenaga, jadi lebih baik lelaki yang lebih kuat menguruskannya,” katanya ketika muncul dalam program Salon Drip.

Malah, pelakon itu berkata dia tidak kisah menguruskan sendiri segala kerja rumah sekiranya mendirikan rumah tangga kelak.

“Walaupun saya berkahwin, saya tetap akan menguruskan semuanya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem tak laku di pawagam, Lee Dong Wook kecewa dengan penonton 

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat terlalu obses sampai tunggu depan rumah, pengurus pelakon popular bakal ambil tindakan undang-undang

Dalam pada itu, Dong Wook yang sehingga kini masih belum berkahwin mengakui sudah terbiasa melakukan segala-galanya sendiri.

Katanya, keadaan itu menyebabkan dia berasa kurang selesa sekiranya orang lain melakukan kerja rumah untuknya kerana mempunyai cara tersendiri dalam menguruskannya.

“Saya mempunyai cara tersendiri dalam melakukan kerja rumah dan saya rasa tidak selesa jika orang lain melakukannya dengan cara yang berbeza,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain