PENYANYI Kelly Clarkson melarang dua anaknya menonton filem lakonannya bertajuk From Justin to Kelly kerana menganggap karya itu tidak begitu membanggakan.Kelly, 44, membuat pengakuan tersebut ketika mengadakan konsert terakhirnya di Las Vegas, Amerika Syarikat. Menurut Kelly, dia membintangi filem muzikal komedi itu selepas terikat dengan kontrak susulan kemenangannya dalam musim pertama American Idol.Kelly dan Justin merupakan watak utama dalam filem berkenaan. Malah, Kelly secara terbuka menyifatkan filem yang ditayangkan pada 2003 itu sebagai teruk selepas seorang peminat cuba mempertahankannya.“Ia memang teruk. Saya sudah melarang anak-anak menontonnya,” katanya.Bagaimanapun, Kelly mengakui pengalaman menghasilkan filem itu tidak semuanya buruk, terutama ketika terlibat dalam bahagian muzik.ARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson akhirnya cakap jujur, ubat kurus bantu turunkan berat badanARTIKEL BERKAITAN: Kelly Clarkson mencari cinta tapi tak mahu kahwin lagi... Bimbang terlalu banyak kes cerai“Bahagian muzik itu menyeronokkan. Anda kena cari sisi positif dalam setiap perkara dan cuba jadikan sesuatu yang buruk itu lebih baik,” ujarnya.Untuk info, Kelly berkahwin dengan Brandon Blackstock pada 2013 dan bercerai pada 2022. Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu River Rose, 12, dan Remington, 10.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube