suria

Pereka fesyen ambil tindakan undang-undang, dakwa Jisoo ‘songlap’ baju berjenama mewah 

Jisoo didakwa pencuri pakaian pereka fesyen.

TULAR dakwaan mengatakan ahli kumpulan Blackpink iaitu Jisoo dituduh mencuri pakaian milik seorang pereka fesyen antarabangsa.

Pendedahan tersebut dibuat sendiri oleh pemilik jenama pakaian Judassime iaitu Benjamin Voortmans. 

Menurut Benjamin, pada awalnya dia menghantar beberapa helaian koleksi terbaharu miliknya kepada pasukan Jisoo untuk penggambaran kulit album, kira-kira enam bulan lalu.

Sehingga kini Jisoo dikatakan tidak memulangkan baju itu. 

Bagaimanapun, ia yang sepatutnya menjadi kolaborasi bertukar menjadi mimpi ngeri apabila pakaian tersebut sehingga kini gagal dipulangkan.

"Jisoo mencuri barang saya! Sudah enam bulan saya hantar banyak barang untuk kulit albumnya.

"Mereka asyik menangguhkan tarikh dan seolah-olah tidak tahu apa yang sedang berlaku. Saya cuma mahu barang saya dipulangkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun berlakon tapi masih 'kayu', netizen minta Jisoo Blackpink berhenti

ARTIKEL BERKAITAN: Abang didakwa terlibat jenayah seksual dan penderaan, netizen risau nama Jisoo diheret sama

“Biasanya tempoh pinjaman hanya seminggu atau maksimum sebulan sahaja," katanya.

Lebih memilukan, Benjamin mendakwa tiga baju yang masih berada dalam simpanan pihak Jisoo itu merupakan koleksi sangat penting dan bernilai tinggi.

Malah, situasi berkenaan menyebabkan dia kerugian besar dan terlepas banyak peluang perniagaan lain.

"Saya sudah ambil tindakan undang-undang dengan menghantar invois dan kontrak, tetapi tiada siapa yang memberi respons,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain