suria

Abang didakwa terlibat jenayah seksual dan penderaan, netizen risau nama Jisoo diheret sama

Jisoo dan abangnya masih lagi mendiamkan diri.

ABANG kepada anggota Blackpink iaitu Jisoo iaitu Kim Jung Hoon menjadi bualan hangat netizen di Korea Selatan apabila berdepan tuduhan penderaan dan ugutan.

Kontroversi itu tercetus apabila sebuah akaun Instagram tanpa identiti memuat baik beberapa foto dan kenyataan mendakwa lelaki itu melakukan penderaan fizikal dan seksual.

Tidak hanya itu, akaun tersebut mendedahkan bahawa Jung Hoon pernah berkahwin dan berakhir dengan penceraian.

Jisoo dan abangnya masih lagi mendiamkan diri.Abang Jisoo masih belum keluarkan apa-apa kenyataan.

Malah bekas isterinya juga didakwa menjadi mangsa penderaan.

Lebih membimbangkan, individu yang mendakwa sebagai mangsa turut mendakwa Jung Hoon menghantar seseorang ke kediaman keluarganya dan melakukan ugutan.

“Semalam, orang datang ke rumah keluarga saya. Keluarga saya sangat cemas dan ketakutan, dan saya juga berasa takut. Saya tidak dapat pulang ke rumah keluarga saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Enam tahun berlakon tapi masih 'kayu', netizen minta Jisoo Blackpink berhenti

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tak suka Jisoo Blackpink lebih fokus lakonan, minta jangan lupa nyanyian

Susulan itu, netizen mengesa agar siasatan menyeluruh dilakukan bagi memastikan kebenaran di sebalik dakwaan tersebut.

Rata-rata mereka berpendapat agar Jisoo tidak terkena tempias kontroversi tersebut.

Sebelum ini, Jung Hoon juga ditangkap atas tuduhan menyerang secara seksual seorang pencipta kandungan.

Setakat ini, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jung Hoon berhubung tuduhan berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain