IMPIAN jutaan peminat mahu melihat kumpulan One Direction kembali bersatu mungkin terkubur selepas timbul berita mengejutkan terjadinya insiden pergaduhan fizikal antara Zayn Malik dan Louis Tomlinson.Ia selepas Zayn didakwa hilang sabar sehingga melepaskan tumbukan ke arah Louis dalam satu kejadian yang berlaku kira-kira enam bulan lalu. Memetik laporan media antarabangsa, perbalahan itu tercetus ketika kedua-duanya sedang menjalani penggambaran sebuah program realiti terbitan Netflix yang bertemakan pengembaraan jalanan.Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada Zayn (kanan).Program yang asalnya dirancang untuk menunjukkan momen mesra untuk mengeratkan semula hubungan mereka bertukar menjadi tegang.Sumber memberitahu bahawa punca kemarahan berlaku selepas Zayn mengeluarkan kata-kata tidak sensitif mengenai ibu Louis yang meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2016."Louis didakwa cuba mendekati Zayn selepas terasa hati dengan gurauan itu, namun Zayn dilaporkan terus menumbuk tepat ke wajah bekas rakan sekumpulannya itu," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Rendam kaki dalam sup mala, tindakan isteri Aaron Kwok undang rasa jijik netizenARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli gagal tunjuk bukti nikah, mengaku tak berzinaKesan daripada tumbukan tersebut menyebabkan Louis mengalami luka di bahagian kepala sehingga berdarah terkena cincin dipakai Zayn.Sejak kejadian tersebut, kedua-dua penyanyi ini dikatakan langsung tidak bercakap antara satu sama lain.Malah Louis juga dilaporkan telah berhenti mengikuti akaun media sosial Zayn baru-baru ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!