suria

Pengacara dedah penyanyi sombong, netizen laju petik nama Mahalini

Nama Mahalini sekali lagi dikaitkan dengan gosip penyanyi bersikap sombong.

SPEKULASI mengenai sikap sebenar penyanyi Mahalini kembali hangat apabila netizen mengaitkannya dengan pendedahan lama pengacara Irfan Hakim.

Isu tersebut timbul semula selepas tular potongan video perbualan Irfan bersama Ihsan Tarore dalam program FYP.

Dalam rakaman itu, Irfan mendedahkan pernah berdepan pengalaman kurang menyenangkan dengan seorang bekas peserta program pencarian bakat yang didakwa bersikap dingin.

Video kenyataan Irfan (kiri) mengenai penyanyi sombong kembali tular di media sosial.

“Jumpa dibelakang pentas diam saja, tak bertegur pun,” katanya ringkas.

Dalam pada itu, Irfan memberitahu dia tidak mempersoalkan soal senioriti, namun berpendapat sikap saling menegur adalah perkara asas dalam industri.

“Kadang-kadang kalau tak tegur, kita pun tak kenal,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh sombong kerana tolak permintaan bergambar, Mahalini beri jawapan ‘pedas’

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat tahu alamat rumah Mahalini di Bali, siap masuk dalam Google Maps

Meskipun tiada nama disebut secara jelas, netizen pantas membuat spekulasi dan mengaitkannya dengan Mahalini yang sebelum ini turut dikritik atas sikapnya.

Malah, video yang dimuat naik di TikTok oleh akaun @officialtrans7 itu turut dibanjiri komen yang menyebut nama penyanyi penyanyi lagu Mati-Matian itu.

"Baru tahu ke? Dari dia (Mahalini) makin popular terus berubah," tulis netizen. 

Sebelum ini, Mahalini berdepan kecaman hebat kerana dituduh bersikap sombong.

Segalanya bermula selepas penyanyi itu menjawab dakwaan bahawa dia tidak melayan peminat dengan baik ketika bertemu dalam sebuah acara. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain