suria

Park Kyung Hye selesa hidup sederhana, pindah rumah kecil dianggap tak sesuai untuk artis

Park Kyung Hye dikatakan sedang berdikari daripada berharap dengan keluarga.

DI SEBALIK populariti dan nama besar yang dibina selama 15 tahun dalam industri seni, pelakon Park Kyung Hye rupa-rupanya selesa menjalani kehidupan yang sederhana.

Pendedahan itu dibuat menerusi rancangan realiti I Live Alone yang memaparkan keadaan kediamannya yang hanya berkeluasan kira-kira 20 meter persegi di sebuah pangsapuri studio.

Kata Kyung Hye, dia baru sahaja berpindah keluar daripada rumah keluarga untuk hidup berdikari sejak empat bulan lalu.

Rumah terkini Park Kyung Hye.

Walaupun saiz kediamannya dianggap sangat kecil, namun ia tidak menghalang bintang drama Goblin ini untuk menyusun atur barangan peribadinya dengan kemas. 

Enggan membiarkan kediamannya nampak tidak terurus, Kyung Hye dilihat gigih melakukan transformasi pada bahagian rumah bagi memberikan nafas baharu. 

Bagaimanapun, perkongsian itu menimbulkan pelbagai reaksi kurang enak dalam kalangan netizen yang mula berteka-teki mengenai status kewangan dan hubungan kekeluargaannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Virgoun mengaku menantu sedang hamil tujuh bulan, dah tahu jantina bayi... Bimbang cucu jadi bahan umpatan

ARITKEL BERKAITAN: Kesihatan Nikita Mirzani merosot dalam penjara, berat badan semakin susut

"Pelakon mana yang sanggup duduk rumah kecil seperti ini?

"Biar betul, rasa tak percaya sebenarnya dia susah macam ini. Ke terdesak sebab bergaduh dengan keluarga?" ujar netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain