suria

Inara Rusli gagal tunjuk bukti nikah, mengaku tak berzina

Inara tidak menunjukkan bukti dia sudah sah bernikah.

KONTROVERSI melibatkan rumah tangga penyanyi Inara Rusli dan suaminya yang juga usahawan iaitu Insanul Fahmi terus menarik perhatian ramai. 

Ia susulan Inara, 33, membuat pengakuan terbuka yang dia kini sudah sah bergelar seorang isteri ketika hadir ke sesi pemeriksaan sah perkahwinan di Ibu Pejabat Polis Daerah Metro Jaya, Jakarta pada Jumaat. 

Bagaimanapun, status pernikahan tersebut menjadi tanda tanya apabila pihak Inara gagal mengemukakan sebarang bukti fizikal mahupun saksi untuk menyokong kenyataannya itu.

Inara mengaku sah bernikah sebagai isteri kepada Insanul. 

Peguamnya yang mewakilinya iaitu Daru Quthny menjelaskan bahawa buat masa ini pihaknya tidak mempunyai sebarang dokumen rasmi termasuklah foto majlis berkenaan.

Malah, butiran mengenai individu yang menikahkan pasangan tersebut juga tidak dinyatakan dalam keterangan kepada pihak berkuasa.

"Pernikahan secara agama itu tiada bukti dan tiada dokumentasi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tekanan mental Inara Rusli makin terjejas, konflik anak dan rumah tangga belum temui titik noktah... Sedia diceraikan 

ARTIKEL BERKAITAN: Suami pilih damai dengan isteri pertama, sedia lepaskan Inara Rusli

Inara tampil memberikan keterangan di ibu pejabat polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan zina dan kecurangan yang dikaitkan dengan dirinya.

Siasatan tersebut dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh isteri pertama kepada Insanul iaitu Wardatina Mawa.

Dalam pada itu, kes berkenaan lebih hangat apabila identiti saksi mahupun wali yang terlibat dalam urusan pernikahan mereka juga tidak didedahkan kepada pihak penyiasat.

Inara mengaku sah berkahwin pada 7 Ogos lalu. 

Menjawab mengenai perkara itu, Daru secara berseloroh berkata kemungkinan anak guamnya terlupa akan butiran tersebut.

Bukan itu sahaja, mereka secara tegas membantah bukti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diserahkan oleh pihak Wardatina kepada pihak berkuasa.

Menurut Daru, rakaman tersebut sama sekali tidak menunjukkan bukti kukuh atau visual yang membuktikan anak guamnya melakukan perbuatan zina seperti yang dituduhkan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain