suria

Rendam kaki dalam sup mala, tindakan isteri Aaron Kwok undang rasa jijik netizen

Moka sangat sukakan sup mala.

ISTERI kepada pelakon dan penyanyi terkenal Hong Kong, Aaron Kwok iaitu Moka Fang mencuri perhatian ramai selepas berkongsi dirinya  merendam kakinya di dalam semangkuk sup mala.

Lebih mengundang rasa pelik, Moka, 38, sebelum itu dilihat menikmati hidangan mala hotpot bersama anak-anaknya, sekali gus membuatkan ramai netizen tertanya-tanya sama ada sup tersebut benar-benar untuk dimakan atau sebaliknya.

Perkongsian berkenaan  menjadi bualan hangat apabila ramai meluahkan rasa jijik, keliru dan tidak kurang juga yang terkejut dengan tindakan berani ibu dua anak itu.

Moka sempat luangkan masa bersama anaknya sebelum berendam sup mala.

Tidak berdiam diri, Moka menjelaskan rendaman kaki tersebut merupakan rawatan spa kaki khas yang berasal dari Chongqing, China.

"Ini rawatan spa kaki istimewa dari Chongqing, bukan sup yang sama saya makan," kongsinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Mata hampir tercucuk objek tajam, Aaron Kwok takut diserbu peminat fanatik

ARTIKEL BERKAITAN: Pernah hidup susah, Aaron Kwok jadi tukang sapu untuk cari duit saku

Menurutnya, rawatan berkenaan dipercayai mampu membantu menyingkirkan toksik dalam badan selain melancarkan peredaran darah, selari dengan amalan perubatan tradisional China.

Malah, rendaman tersebut difahamkan mengandungi pelbagai campuran herba, rempah-ratus serta cili yang memberikan sensasi panas, sekali gus menjadikannya antara rawatan alternatif yang semakin mendapat perhatian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain