PENYANYI Rossa dilaporkan berjaya mengesan sebanyak 78 akaun media sosial yang didakwa menyebarkan fitnah berhubung isu pembedahan wajah atau face lift. Menurut peguam yang mewakili Rossa iaitu Natalia Rusli dan Ikhsan Tualeka, seramai 79 pemilik akaun telah mengambil tindakan memadam kandungan serta memohon maaf, malah ada yang sehingga menangis. Bagaimanapun, 78 akaun yang masih berdegil dan enggan berbuat demikian telah dilaporkan kepada pihak berkuasa.Rossa enggan memberi muka kepada pemfitnah."Kenapa kita perlu buat laporan? Sebab daripada sekian ramai yang kita beri notis, masih ada yang enggan minta maaf dan turunkan kandungan," ujar Ikhsan. Mengulas mengenai dakwaan kononnya wajah Rossa gagal akibat pembedahan plastik, pihak peguam mendedahkan taktik licik individu terlibat yang didakwa sengaja memanipulasi sekeping foto ketika penyanyi itu sedang membuat persembahan.ARTIKEL BERKAITAN: Rossa dah kesan akaun palsu sebar fitnah, beri masa 24 jam sebelum hantar samanARTIKEL BERKAITAN: Rossa tulis wasiat setiap tahun, tak lupa tinggalkan harta buat pembantu rumahDalam pada itu, Natalia menegaskan tindakan undang-undang yang diambil bukan kerana Rossa tidak boleh menerima kritikan, sebaliknya bagi mengekang budaya tidak sihat segelintir netizen yang mencari perhatian dengan menyebarkan fitnah.Sebelum ini, Rossa mengambil tindakan tegas dengan menghantar surat tuntutan (letter of demand - LOD) kepada puluhan pengendali akaun media sosial yang menyebarkan berita tidak benar tentang dirinya.Menurut peguamnya, tuntutan berkenaan mendesak supaya semua kandungan berunsur fitnah dipadamkan dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan saman diambil.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!