IMPIAN penyanyi Ailee untuk segera bergelar ibu tidak kesampaian selepas rawatan persenyawaan in vitro (IVF) yang dilakukan gagal.Reda dengan keputusan tersebut, Ailee, 37, bagaimanapun yakin impiannya untuk menimang cahaya mata masih belum tertutup. "Melihat ia buat pertama kali sungguh menakjubkan. Namun, hasil ujian jelas menunjukkan hanya satu garis," katanya.Ailee teruja menerima hadiah pemberian suami. Ailee meluahkan perkara tersebut dalam satu video yang menyaksikan dia bersama suaminya, Choi Si Hoon, berkongsi perjalanan mereka menjalani rawatan IVF.Menerusi rakaman tersebut, penyanyi itu juga menunjukkan bagaimana dia melalui proses pemindahan embrio.Dia dan suaminya kelihatan tenang ketika mendapat keputusan rawatan yang dilakukan itu gagal.ARTIKEL BERKAITAN: Ailee sedia bergelar ibu, mulakan langkah jalani rawatan IVF ARTIKEL BERKAITAN: Abang didakwa terlibat jenayah seksual dan penderaan, netizen risau nama Jisoo diheret samaDi sebalik kesedihan itu, Ailee kembali tersenyum lebar selepas suaminya memberikan beg tangan jenama mewah sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan mereka.Dianggarkan beg jenama Hermes itu berharga RM41,000.Untuk rekod, Ailee dan Si Hoon berkahwin pada April 2025 dan pasangan ini memulakan rawatan IVF sekitar Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!