suria

Lapan kali buat pembedahan hidung, Ayu Aulia sanggup ubah penampilan demi watak filem seram

Ayu terbuka berkongsi kisah melakukan pembedahan plastik.

TANPA berselindung, penyanyi Ayu Aulia mengakui dia sekali lagi menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung.

Menurut Ayu, 34, rawatan kecantikan tersebut dibuat bagi menjaga penampilan sebagai seorang selebriti agar kekal mendapat tempat di hati peminat. 

Penyanyi ini dalam masa yang sama sanggup mengubah bentuk wajah demi watak baharu dalam sebuah filem seram yang ditawarkan kepadanya.

Ayu sentiasa menjaga penampilan. 

"Pembedahan sebelum ini sudah bagus, tetapi kali ini mahu lebih baik. Sebelum ini pakai implan, jadi saya perlu buat banyak kali. Kali ini ia lebih kekal lama.

"Yang pasti, biar saya tetap ada dalam dunia hiburan. Saya juga bakal menjalani penggambaran filem seram. Jadi takut perkara tidak diingini berlaku pada hidung.

ARTIKEL BERKAITAN: Rossa lapor 78 akaun media sosial tabur fitnah, ada pemilik menangis minta maaf 

ARTIKEL BERKAITAN: Inara Rusli gagal tunjuk bukti nikah, mengaku tak berzina

"Bukannya tidak percaya pada diri, cuma kata penerbit hidung saya terlalu panjang untuk filem baru ini. Jadi saya buat pembedahan ikut kesesuaian," jelasnya.

Ayu sebelum ini pernah menjalani pembedahan hidung sebanyak tujuh kali.

Dia dalam masa yang sama merancang untuk melakukan rawatan liposuction atau sedut lemak bagi menjaga bentuk badan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain