suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rossa dah kesan akaun palsu sebar fitnah, beri masa 24 jam sebelum hantar saman

Rossa tegas ambil tindakan terhadap penyebar fitnah.

PENYANYI Rossa mengambil tindakan tegas dengan menghantar surat tuntutan (letter of demand - LOD) kepada puluhan pengendali akaun media sosial yang menyebarkan berita tidak benar tentang dirinya.

Menurut peguamnya yang dikenali sebagai Ikhsan Tualeka dan Natalia Rusli, tuntutan berkenaan mendesak supaya semua kandungan berunsur fitnah dipadamkan dalam tempoh 24 jam sebelum tindakan saman diambil.

"Kami telah menghantar surat tuntutan kepada sejumlah pengguna media sosial yang secara sedar atau tidak telah menyebarkan fitnah, menjatuhkan maruah Rossa selain menggunakan kandungan milik Rossa.

Rossa mahu elak namanya disalahguna. 

"Gambar Rossa diambil dan disunting dengan suara orang lain. Muziknya digunakan. Wajah Rossa dimanipulasi sehingga seolah-olah berita itu benar.

"Contohnya, dakwaan bahawa Rossa menjalani pembedahan plastik yang gagal. Sedangkan dia tidak melakukannya," jelas peguam berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dewi Perssik buat laporan polis, beri peringatan kepada pemilik akaun palsu 

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Pinkan Mambo pula muncul... Dakwa bapa tiri ambil kesempatan terhadap ibu, hanya beri RM90 sebulan

Tambahnya, pihak mereka juga sudah mengenal pasti secara terperinci individu yang terlibat dalam kegiatan berkenaan.

Malah, mereka juga telah mengesan alamat serta peranti yang bertanggungjawab memuat naik kandungan sebegitu.

"Kami mempunyai pasukan yang boleh mengesan telefon bimbit akaun palsu termasuk alamat penuh dan lokasi ia digunakan," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain