PENYANYI Britney Spears dilaporkan telah mendaftar masuk ke pusat pemulihan secara sukarela susulan insiden penahanannya akibat memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol baru-baru ini.Perkara itu disahkan oleh jurucakap kepada Britney, 45, dan menjelaskan ia adalah keputusan penyanyi itu sendiri tanpa paksaan mana-mana pihak. Sumber terdekat memberitahu, insiden penahanan tersebut memberi tamparan hebat buat Britney sehingga mencetuskan rasa malu dan bersalah yang mendalam atas kesalahan yang dilakukan.Spears buat keputusan tersebut secara rela. "Dia bertekad untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kesihatannya. Ini adalah sesuatu yang dia mahukan untuk dirinya sendiri. Ini adalah keputusannya sendiri," tambah sumber berkenaan.Keputusan yang diambil oleh Britney itu turut mendapat restu dan sokongan padu daripada seluruh ahli keluarganya yang mahu melihat dia kembali pulih.Dalam pada itu, jurucakap polis Ventura County mengesahkan kes berkenaan sudah difailkan di mahkamah dan bakal dibicarakan pada 4 Mei depan. ARTIKEL BERKAITAN: Britney Spears ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk, kini di bawah jagaan dua anak lelakiARTIKEL BERKAITAN: "Sayap saya patah" - Britney Spears dedah alami kecederaan otak, kongsi kisah gelap pernah dikurung Pada 4 Mac lalu, Britney ditahan oleh pihak berkuasa selepas dikesan memandu dalam keadaan berbahaya di sekitar kawasan Ventura County, California, Amerika Syarikat. Hasil pemeriksaan mendapati penyanyi itu berada di bawah pengaruh dadah serta alkohol, malah polis turut menemui bahan terlarang di dalam kenderaannya ketika serbuan dilakukan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!