suria

Anak Pinkan Mambo pula muncul... Dakwa bapa tiri ambil kesempatan terhadap ibu, hanya beri RM90 sebulan

Anak Pinkan mengaku tak suka dengan bapa tirinya.

BERSIMPATI dengan nasib penyanyi Pinkan Mambo, anaknya Michelle Ashley tampil mendedahkan sikap bapa tiri yang didakwa hanya mahu mengambil kesempatan terhadap ibunya.

Menurut Michelle, 20, bapa tirinya iaitu Arya Khan didakwa menumpang populariti selain tidak pernah memberi nafkah yang mencukupi kepada ibunya.

Dakwanya, Arya memang bekerja, namun pendapatan yang diperoleh hanya digunakan untuk kepentingan dirinya sendiri.

Anak tak sanggup lihat Pinkan menyanyi di jalanan.

Malah Arya juga dikatakan mengambil hampir keseluruhan wang siaran langsung media sosial yang dilakukan oleh ibunya.

"Mami pernah cerita Arya hanya beri kira-kira RM90 (Rp300,000) sebulan daripada hasil siaran langsung yang dia buat," katanya memetik laporan Suara.com.

Dalam pada itu, Michelle mengakui tidak sehaluan dengan bapa tiri, namun tetap menghormati keputusan ibunya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan kerana terdesak, Pinkan Mambo jadi penyanyi jalanan sebab kecil hati

ARTIKEL BERKAITAN: Menyanyi tepi jalan bukan terdesak, Pinkan Mambo mahu setaraf Blackpink

"Saya sendiri pernah beritahu tidak suka dengan suami baharunya itu, tetapi alasannya tidak boleh saya kongsikan," ujarnya.

Tambah Michelle lagi, dia turut bersimpati dengan usaha ibunya mencari rezeki dan percaya itu bukanlah kehendak sebenar Pinkan.

Dia juga berharap ibunya dapat kembali ke tahap lebih baik dalam kerjaya seni, namun tidak menyangka Pinkan kini perlu menyanyi di jalanan.

Pinkan sanggup terbaring di jalanan demi mencari rezeki.

"Saya kasihan dan tidak sanggup lihat dia berguling di jalan. Dia sepatutnya meneruskan karier, bukan melalui kehidupan seperti ini," luahnya.

Sebelum ini, aksi Pinkan membuat persembahan jalanan mencuri perhatian ramai sehingga menyangka dia terdesak dalam mencari wang untuk meneruskan hidup.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain