suria

Denada rahsiakan identiti bapa kandung Ressa, nama aktor Teuku Ryan antara disebut

Hubungan Denada dan anaknya kini semakin baik.

PENYANYI Denada tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan identiti bapa kandung kepada anak lelakinya, Ressa.

Menurut Denada, 48, tiada keperluan untuk dia berkongsi perkara tersebut memandangkan lelaki berkenaan sejak awal tidak mahu bertanggungjawab atas kehamilannya 24 tahun lalu.

"Saya tahu siapa bapanya, dan lelaki itu tahu ini anaknya.

Denada tidak mahu bongkar kisah lama. 

"Dia sudah buat keputusan untuk tidak bersama membesarkan anak ini. Jadi biarkan sahaja," katanya.

Denada dalam masa yang sama menafikan beberapa nama selebriti lelaki termasuk pelakon veteran Teuku Ryan yang dituduh sebagai bapa kepada Ressa.

Penyanyi itu dalam masa yang sama memberitahu dia bersedia mendedahkan hal sebenar jika lelaki berkenaan berani tampil dan mengakui kesilapan lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: 24 tahun berdiam, Denada mengaku tinggalkan anak sejak kecil... “Ini kesalahan dan kebodohan saya” 

ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi rahsiakan anak luar nikah sebelum kahwin, bekas suami akui tak tahu perkara sebenar

"Jika mahu bertemu, silakan. Selama ini saya telah membuat keputusan untuk hamil tanpa dia.

"Dia tahu saya hamil. Saya tidak salahkan dia," jelasnya.

Sebelum ini, nama Denada menjadi sebutan selepas seorang pemuda bernama Ressa muncul mengakui sebagai anaknya.

Denada kemudian menjelaskan perkara sebenar dan memberitahu dia sengaja menyerahkan Ressa kepada bapa saudaranya sejak kecil demi melindungi anak berkenaan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain