suria

24 tahun berdiam, Denada mengaku tinggalkan anak sejak kecil... “Ini kesalahan dan kebodohan saya”

Denada (kiri) mengakui kesilapan masa lalu.

SELEPAS 24 tahun, penyanyi Denada akhirnya mengakui status lelaki bernama Ressa Rizky Rossano sebagai anak kandungnya.

Denada, 47, secara terbuka mendedahkan perkara tersebut dan memberitahu sebelum ini dia berdepan masalah tekanan sehingga terpaksa memberikan hak penjagaan Ressa kepada orang lain.

“Saya ingin menyatakan bahawa Ressa Rossano adalah anak kandung saya. Saya betul-betul minta maaf kepada Ressa.

Pengakuan Denada mengejutkan banyak pihak.

“Saya tidak tinggal bersama Ressa sejak dia masih bayi. Ketika itu keadaan mental saya tidak kuat,” katanya.

Kenyataan tersebut sekali gus menjawab persoalan ramai selepas Ressa sebelum ini menuntut Denada mengakui status hubungan mereka.

Sedar akan kesilapan yang dilakukan, Denada dalam masa sama berharap anaknya itu dapat memaafkan dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Virgoun bawa lari anak, Inara Rusli tampil buat laporan 

ARTIKEL BERKAITAN: Perasaan bercampur baur, Amanda Monopo sedih anak dalam kandungan terima kecaman

“Saya minta maaf kepada Ressa kerana baru sekarang memberitahu dia bahawa saya ialah ibunya.

“Ini kesalahan dan kebodohan saya. Sekarang ini saya hanya berdoa agar Ressa dapat memaafkan,” luahnya.

Isu ini mula timbul apabila Ressa sendiri memfailkan tuntutan di mahkamah untuk Denada mengakui hubungan pertalian antara mereka.

Ressa menuntut hak sebagai anak.

Ressa menuntut hak sebagai anak. 

Malah, Ressa juga menuntut wang berjumlah kira-kira RM1.6 juta sebagai hak yang tidak pernah diterima sepanjang hidupnya.

Ressa sebelum ini turut mengakui dia melalui fasa kehidupan yang susah dan terpaksa berhenti sekolah untuk bekerja bagi menampung kehidupan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain