PENYANYI Bad Bunny meraih kejayaan besar apabila membawa pulang trofi Album Terbaik di Anugerah Grammy ke-68 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada pagi Isnin.Kejayaan menerusi album berjudul Debí Tirar Más Fotos mencipta sejarah tersendiri kerana buat kali pertama sepanjang penganjuran, karya berbahasa Sepanyol diangkat untuk memenangi anugerah utama. Penyanyi itu dilihat tidak dapat menahan air mata ketika namanya diumumkan sebagai pemenang dan Bad Bunny turut menyampaikan ucapan yang cukup bermakna.Olivia Dean menang Artis Baharu Terbaik. “Saya mahu mendedikasikan anugerah ini kepada mereka yang meninggalkan negara sendiri untuk mengejar impian,” kata penyanyi asal Puerto Rico itu.Album tersebut turut memenangi kategori Album Muzik Urban Latin Terbaik.Sementara itu, Kendrick Lamar pula mencipta rekod baharu sebagai penyanyi rap paling banyak memenangi anugerah dengan 27 kemenangan, mengatasi Jay-Z yang sebelum ini meraih 26 kemenangan.ARTIKEL BERKAITAN: Tewaskan Taylor Swift, Beyonce cipta sejarah akhirnya menang Album Terbaik di Anugerah Grammy ARTIKEL BERKAITAN: Beyonce penerima trofi Grammy paling banyak dalam sejarah, Harry Styles menang Album Terbaik Lamar membawa pulang trofi Album Rap Terbaik menerusi karya berjudul GNX, selain Rakaman Terbaik dan Lagu Rap Terbaik.Lagu nyanyian Billie Eilish berjudul Wildflower diumumkan sebagai Lagu Terbaik.Anugerah Grammy kali ini juga menyaksikan penyanyi Olivia Dean diumumkan sebagai Artis Baharu Terbaik.Antara lain yang turut mencuri tumpuan ialah penyanyi Lady Gaga yang memenangi Vokal Pop Terbaik Dalam Album (Mayhem), selain Rakaman Pop Terbaik menerusi lagu Abracadabra.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube