suria

Cucu Snoop Dogg meninggal dunia pada usia 10 bulan

Cucu Snoop (kanan) meninggal dunia.

CUCU kepada penyanyi rap, Snoop Dogg iaitu Codi Dreux meninggal dunia pada usia 10 bulan.

Berita duka itu dimaklumkan sendiri oleh anak perempuannya, Cori Broadus menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Snoop (kiri) bersama anak perempuannya, Cori.

Dalam hantaran berkenaan, Cori berkongsi foto hitam putih yang memperlihatkan dirinya tersenyum sambil memeluk Codi dengan penuh kasih sayang.

Tidak mendedahkan punca kematian, Cori meluahkan rasa pilu atas pemergian anak perempuannya yang disifatkan sebagai cinta sejati. 

ARTIKEL BERKAITAN:Snoop Dog derita Equinophobia, baru tahu rupanya takut kuda

ARTIKEL BERKAITAN:Baiknya hati Snoop Dogg derma RM45,000 bantu seorang nenek pertahankan tanah keluarga

Untuk rekod, Cori selamat melahirkan anak perempuan sulungnya, Codi Dreux pada penghujung Februari 2025 secara pramatang ketika usia kandungan mencecah 25 minggu.

Bayi berkenaan telah ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) selama 10 bulan akibat komplikasi HELLP syndrome sebelum dibenarkan keluar dari hospital pada Januari 2026.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain