suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Timbang berat badan tanpa seurat benang, Kim Sa Rang ada rekod harian kawal pemakanan

Sa Rang sentiasa mengawal berat badan.

KEKAL cantik dan langsing pada usia 48 tahun, pelakon Kim Sa Rang berkongsi rutin harian yang membantunya mengawal berat badan.

Memulakan aktiviti dengan senaman ringkas, Sa Rang juga memberitahu dia sentiasa menimbang berat badan supaya dapat disesuaikan dengan pengambilan diet.

Namun, perkongsian tentang cara dia menimbang berat badan mengejutkan kerana dilakukan dalam keadaan berbogel.

Sa Rang amalkan diet seimbang. 

"Ia mengira kandungan lemak dan air dalam badan. Saya ada rekod setiap hari termasuk rekod beberapa tahun lalu.

"Saya menimbang berat badan dalam keadaan bogel untuk mendapatkan ukuran yang tepat," katanya dalam program YouTube bertajuk The Ultimate Self Management Kim Sa Rang.

Tambah pelakon itu, dia akan cuba mengekalkan berat badan sekitar 49 kilogram supaya sesuai dengan penampilannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu ponteng kelas, Byul dibuang universiti… Terlalu sibuk sampai gagal tamat pengajian 

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi ngeri dorong penyanyi tinggalkan dunia seni, pilih kerjaya sebagai dukun

Menurut Sa Rang, dia akan mengamalkan diet pemakanan berbeza sekiranya berat badan naik mendadak atau sebaliknya.

"Jika berat badan naik, saya akan kurangkan makan. Jika berat turun pula, saya akan makan dengan lebih banyak," ujarnya.

Dalam masa yang sama, Sa Rang juga berkongsi tentang pengambilan buah-buahan sebagai salah satu cara untuk kekal langsing.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain