suria

Dewi Perssik buat laporan polis, beri peringatan kepada pemilik akaun palsu

Depe tegas dengan pendirian untuk teruskan laporan polis.

PENYANYI Dewi Perssik tidak lagi berdiam diri selepas ramai pihak yang mengambil kesempatan menggunakan namanya di media sosial untuk mengaut keuntungan.

Susulan itu, Dewi atau mesra disapa Depe, 41, tampil membuat laporan di Balai Polis Metro Jaya, Jakarta, Indonesia pada Jumaat sebagai satu tindakan tegas terhadap mana-mana pihak terbabit.

Laporan tersebut juga dibuat sebagai satu peringatan agar orang lain tidak lagi melakukan perbuatan yang sama.

Depe bersama peguamnya (kanan) selepas selesai membuat laporan pada Jumaat. 

“Perkara ini harus dijadikan pengajaran. Sebelum ini saya terlalu baik dan selalu memaafkan dengan mudah. Disebabkan itu orang ambil kesempatan. Kali ini saya ambil tindakan serius,” katanya.

Tambah Depe, tindakannya itu turut mewakili suara rakan-rakan selebriti yang pernah mengalami nasib sama menjadi mangsa penipuan di media sosial.

Bahkan sebagai seorang artis, dia juga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik sekali gus mengelakkan berlakunya penipuan data.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Pinkan Mambo pula muncul... Dakwa bapa tiri ambil kesempatan terhadap ibu, hanya beri RM90 sebulan 

ARTIKEL BERKAITAN: Denada rahsiakan identiti bapa kandung Ressa, nama aktor Teuku Ryan antara disebut

“Saya sudah maafkan semua orang. Cuma kali ini mungkin saya mewakili rakan-rakan lain supaya tidak berlaku perkara yang sama.

“Bahaya jika perkara ini berterusan. Jika disalahgunakan nanti, habis harta semua orang,” jelasnya.

Depe sebelum ini meluahkan rasa kecewa apabila terdapat akaun Facebook yang menggunakan nama serta maklumat peribadinya untuk tujuan menipu orang lain.

Lebih membimbangkan, akaun tersebut telah mendapat pengesahan (verifikasi) seolah-olah mengesahkan dia sebagai pengendali.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain