SETIAP orang pasti mempunyai pengalaman hidup yang tidak boleh dilupakan, terutama sekali berkaitan profesionalisme dan tanggungjawab dalam pekerjaan.
Seperti jurufoto profesional yang dikenali sebagai Remy ini, dia pernah ditahan polis semasa sedang leka mengambil gambar pelanggan di sebuah majlis perkahwinan.
Berkongsi pengalaman peribadinya, insiden tersebut berlaku selepas dia dan rakan sekerja dituduh mencuri oleh keluarga pengantin.
"Perkara paling aku tak boleh lupa sepanjang 16 tahun shoot wedding, kena angkut dengan polis ke balai.
Perkhidmatan jurugambar pengantin menjadi salah keperluan bagi merakam momen bahagia. -Gambar hiasan AI
"Dituduh mencuri barang dan duit di majlis kahwin rumah pelanggan pada masa itu," katanya menerusi hantaran di media sosial.
Menurut Remy, ketika itu dia yang sedang mengambil gambar pengantin, tiba-tiba dipanggil ke dapur.
Lebih mengejutkan apabila dia dimaklumkan bahawa arahan itu adalah daripada pihak polis yang datang ke rumah pengantin bagi menjalankan siasatan.
"Bayangkan tengah shoot group photo, kakak pengantin panggil, bro polis panggil kat dapur.
ARTIKEL BERKAITAN: “Dia cakap tak boleh makan” - Jurugambar majlis kahwin terkilan tuan rumah larang jamah hidangan, terpaksa berlapar
ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandai jaga anak di majlis kahwin, pemuda ‘terpaling jurufoto’ saran mak ayah pakai kondom - “Geram kacau aku shoot”
"Selepas diambil keterangan, terus kena angkut naik kereta polis, dibawa pergi balai," ujarnya lagi.
Justeru, dia bersama dengan rakan sekerja, Irwan Aliff Ali dan seorang lagi pembantu menaiki kereta peronda untuk ke balai.
Turut sama ditahan adalah jurusolek pengantin atau 'mak andam'.
"Apabila sampai di balai, petugas di kaunter anggap kami ni sebagai reporter sebab semua bawa kamera masing-masing.
Dahsyat ni, kalau aku auto dah remuk, memang keluar terus tak ada shoot dan kira hangus bayaran mereka tu.
WARGA MAYA
"Kemudian, seorang demi seorang dipanggil oleh pegawai penyiasat untuk dirakam percakapan.
"Tak mencuri, buat apa nak takut, cuma malulah sebab orang kat kenduri ingat kami yang 'rembat' barang-barang tu," tambahnya mengimbau insiden tersebut.
Selesai disiasat, dia dan rakan-rakan menzahirkan rasa syukur kerana tidak dimasukkan ke lokap pada hari kejadian.
Malah kata Remy, pegawai polis mengarahkan mereka terus pulang namun pada masa itu, kenderaan berada di rumah pengantin.
Caj servis jurugambar perkahwinan mengikut lokasi dan jenis perkhidmatan atau majlis pelanggan. -Gambar hiasan
"Akhirnya aku minta tolong isteri yang masa itu bergelar tunang untuk ambil dari balai.
"Kami bergerak ke rumah pengantin dan meneruskan sesi yang tertangguh," kongsinya lagi.
Menurutnya, keluarga pengantin tidak memberi sebarang reaksi berhubung tangkapan berkenaan.
"Keluarga pengantin tak cakap apa pun, sebab mereka yang buat laporan polis tu.
Warga maya turut berkongsi pengalaman masing-masing.
"Tapi selepas beberapa hari, pengantin ada hubungi dan ajak jumpa untuk selesaikan isu yang terpalit ni," tambahnya lagi.
Perkongsian pengalamannya itu membuatkan warga maya memuji tahap profesionalnya yang tidak mengikut emosi semata-mata.
Bahkan, ramai yang menyatakan diri mereka tidak sanggup untuk meneruskan tugas kerana tuduhan berkenaan mencemarkan imej serta reputasi kerjaya.
"Tahap profesional tuan sangat tinggi. Akhirnya kemenangan moral dan sekeluarga menanggung malu.
"Dahsyat ni, kalau aku auto dah remuk, memang keluar terus tak ada shoot dan kira hangus bayaran mereka tu.
"Rare juga, tengah shoot kena angkut dengan polis," demikian reaksi warga maya.