suria

Adik ipar tinggal sebumbung, lagak duduk hotel! Tak bantu buat kerja rumah, makan ditanggung 1 sen pun tak hulur

Ramai isteri memerlukan privasi dan kehidupan selesa di rumah sendiri. -Gambar hiasan

MEMPUNYAI ahli keluarga yang baik hati bukanlah tiket untuk kita mengambil kesempatan atas kebaikan atau kemuliaan hati mereka.

Di laman Thread, seorang wanita meluahkan rasa dilema dan kurang senang dengan sikap adik iparnya yang dilihat seolah-olah mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya dan suami.

"Saya baru kahwin dengan suami tahun lepas. Start awal tahun ni, adik ipar perempuan tumpang rumah kami sebab dia dapat kerja di Kuala Lumpur," wanita itu memulakan ceritanya.

Adik-beradik pasangan sering menjadi punca pergaduhan sesama suami isteri. -Gambar hiasan

Apa yang menjadi masalah buat dirinya apabila adik iparnya itu dikatakan tidak mempunyai sebarang 'fungsi' sepanjang menumpang di rumah mereka.

Ibarat membela 'biawak hidup', dia juga dikatakan tiada 'common sense' apabila tidak membantu melakukan sebarang kerja rumah dan tidak menghulurkan wang bagi meringankan beban keluarganya.

"Dari awal dia duduk sini, tak ada sumbang satu sen pun. Bayar rumah, bil elektrik, bil air, dan barang dapur.

"Makan hari-hari pun kami yang tanggung, tak ada langsung 'effort' nak basuh pinggan atau buang sampah," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik ipar ‘over manja’... makin dilayan, makin naik tocang! Ada suami tapi minta abang bayar bil bersalin hospital swasta, CL

ARTIKEL BERKAITAN: Boleh agak akan selalu makan hati, janda anak 5 enggan ikut suami baharu pindah kampung jaga adik ipar

Dalam pada itu, wanita ini juga mengakui bahawa dia dan suaminya sedikit terbeban kerana perbelanjaan semakin meningkat sejak adik ipar menumpang rumah mereka.

"Sudah semestinya, komitmen kami suami isteri pun bertambah sejak dia duduk sini," katanya.

Bercerita lanjut, katanya, adik ipar pernah menyatakan hasrat untuk menyewa di rumah lain tetapi sehingga ke hari ini masih belum ada tanda-tanda dia akan berpindah keluar.

Selain itu, wanita ini juga mengakui berasa kurang selesa dengan kehadiran 'orang luar' dan menganggap dirinya sudah tiada privasi walaupun di rumah sendiri.

"Rasa macam dah tak ada privacy dalam rumah nak pakai macam dulu sebab ada orang lain," katanya.

  • Ditawarkan pekerjaan di ibu kota, adik ipar seorang wanita tumpang menginap di rumahnya.
  • Bagaimanapun, adik ipar dilihat cuba mengambil kesempatan atas kebaikan dirinya dan suami.
  • Adik ipar tak bantu buat kerja asas di rumah, juga tak bayar bil utiliti atau wang makan.
  • Netizen saran wanita itu bincang dengan suaminya demi penyelesaian terbaik.
  • Pertalian keluarga tidak menjadikan seseorang berhak menyusahkan pihak yang lain.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat isu sedemikian perlu dibincangkan bersama suami bagi mencari solusi terbaik.

"Nak tak nak, awak kena confront dengan suami. Risau kes adik ipar ni boleh ganggu rumah tangga awak kelak. Memang sepatutnya dia tak stay dengan awak, awak bukan mak dia.

"Susah juga kalau jenis tak reti fikir ni. Aduhai, dah la tempat tinggal free. Malas nak tolong kemas rumah ke apa, kot la nak beli barang dapur sikit ke untuk top up," antara komen netizen.

Antara komen netizen

Dalam pada itu, ada juga netizen yang meminta wanita ini bersabar kerana adik ipar juga merupakan sebahagian daripada ahli keluarga dan patut dilindungi oleh suami.

"Tu adik perempuan, jadi sebelum dia kahwin memang la atas tanggungjawab suami you juga terutama dari segi perlindungan.

"Masalah sumbang duit atau tenaga, selagi tak libatkan duit you, berdoa je la semoga cepat dia dapat jodoh, benda pertama you kena buat, distract your mind!

"Kalau saya, tak perlu berkira sangat sebab adik pun baru kerja janganlah nak perah duit dia. Ajak dia masak, pergi laundry sama-sama," demikian antara komen netizen.

 

Artikel Lain