suria

Wanita terkedu sahabat biadab, selamba mengaku guna foto untuk tujuan onani

Batas pergaulan antara lelaki dan perempuan sewajarnya mengikut syariat yang ditetapkan agama. -Gambar hiasan

SEORANG wanita tampil berkongsi suatu peristiwa pahit yang berlaku kepada dirinya sekitar lapan tahun lalu.

Dia menyifatkan insiden itu sebagai satu kenyataan yang sukar untuk ditelan apabila rakan baiknya sendiri mengaku mempergunakan dirinya demi memuaskan nafsu.

Jelasnya, dia langsung tidak menyangka rakan lelaki itu yang dianggap baik dan alim gagal sanggup melakukan sesuatu yang tidak senonoh kepada dirinya sedangkan mereka sudah lama kenal antara satu sama lain.

Lelaki, sama ada bujang atau sudah berkahwin perlu menghormati wanita lain. -Gambar hiasan

"Bekas kawan baik buat pengakuan, dia cakap m******p guna gambar saya selama ni.

"Dia dah kahwin, bini pula tengah pantang masa tu, tiba-tiba je cakap macam tu.

"Saya terkejut sebab dia ni jaga solat orangnya ya, terkejut kawan sendiri buat aku jadi 'modal' dia, kawan baik pula tu," katanya di laman Thread.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bongkar sisi hitam ‘dating app’, lelaki imej alim minta tolong onani dalam kereta - “Ingatkan dah jumpa bakal imam”

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda jadi ‘tunang tersakiti’! Bakal isteri macam belangkas dengan BFF, dilebihkan dalam segala hal... ramai syak hubungan songsang

Menurut wanita itu, mereka berkawan ketika sama-sama belajar dalam bidang penerbangan dan terputus hubungan selepas tamat pengajian pada 2014 disebabkan salah faham.

Bagaimanapun, disebabkan dunia penerbangan di Malaysia yang kecil, dia bertemu semula dengan lelaki tersebut pada 2017 yang kebetulan bekerja di tempat sama dengan dia bekerja.

"Dia mengaku tu masa kami dah kerja di tempat yang sama tapi sama-sama tak tahu.

"Aviation Malaysia kecil je, terserempak dekat lif kemudian contact balik.

"Dia cakap depan-depan, saya buat Instagram lain lepas tu, tapis kawan yang saya nak je. Saya percaya kalau Allah dah jauhkan seseorang dari kita mesti bersebabnya," katanya sambil menambah ketika itu dia berstatus tunangan orang.

Bercerita lanjut, katanya, selepas mendengar pengakuan lelaki itu dia terus pulang ke rumah dalam keadaan menggigil.

"Saya diam dan balik terus, drive menggigil. Ikutkan saya ni baran dan jenis melawan tapi masa tu macam tersentak dan nak cepat pergi dari dia.

"Beberapa hari lepas tu saya terfikir, bersyukur sangat dia tak rogol atau bunuh saya, syukur sempat lari," katanya.

  • Seorang wanita menjadi 'alat' seks rakan baiknya yang dikenali sejak zaman belajar.
  • Lelaki itu mengaku guna foto dirinya sebagai 'modal' untuk beronani selama ini.
  • Sewaktu pengakuan dibuat, wanita itu sudah bergelar tunang orang manakala isteri lelaki itu sedang dalam tempoh berpantang.
  • Wanita itu terus pulang ke rumah dalam keadaan menggigil.
  • Dia juga membuka akaun Instagram baharu kerana tidak mahu berkawan dengan lelaki itu dan memutuskan hubungan persahabatan mereka.

Jelas wanita ini, dia mengalami trauma dalam tempoh agak lama disebabkan kejadian tersebut malah turut bimbangkan keselamatan anak perempuannya apabila memikirkan tentang kewujudan lelaki-lelaki gila seks seperti bekas sahabatnya itu.

Malah, dia juga kecewa apabila lelaki itu tidak menghormati wanita dan persahabatan yang telah lama terjalin.

"Dia kira biadab dan tak hargai persahabatan tu.

"Kot sangap sangat pun kenapa 'attack' aku. Dia lupa kot 'friendship' yang dulu, sumpah dia tak hormat aku, trauma aku masa tu," katanya sambil menambah dia bukanlah seorang wanita yang berpakaian seksi.

Terkesan dan trauma dengan apa yang berlaku ke atas dirinya, dia menitipkan pesan kepada kaum wanita supaya agar lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar peribadi di laman sosial bagi mengelakkan diri daripada menjadi alat seks seperti mana berlaku kepada dirinya.

"Nak upload selfie hati-hatilah, cukap sekadar untuk orang tahu itu profile kau.

"Pose biasa je, kalau boleh formal. Tak pun letak ala-ala gambar pasport," sarannya.

Antara komen netizen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan pendapat tentang golongan sedemikian.

"Member kau tu agak, bolehlah dapat respon. Sebab sekarang kadang perempuan sama naik horny, tu yang member kau berani confess.

"Jauhkan diri sebaik mungkin. Bila lelaki 'start' jujur pasal benda macam ni, diaorang tengah 'test' tau.

"Selalunya, sebab nak dapatkan orang tu. Dia nak benda tu je. Kalau reaction positif, dia akan rasa bertuah," antara komen warga maya.

Artikel Lain