suria

Pemuda jadi ‘tunang tersakiti’! Bakal isteri macam belangkas dengan BFF, dilebihkan dalam segala hal... ramai syak hubungan songsang

Lelaki itu terasa kerana tunangnya sering melebih-lebihkan orang lain. Foto: Freepik.

KEHADIRAN orang ketiga sering menjadi punca terputusnya hubungan pasangan yang sedang bercinta.

Begitulah juga yang dilalui pemuda ini apabila hubungan yang dibina dengan tunangnya kini bagaikan retak menanti belah.

Lebih mengejutkan, tunangnya bukanlah berlaku curang dengan mana-mana lelaki, sebaliknya terlalu rapat dengan seorang rakan wanita.

"Saya baru bertunang tahun lepas. Sebelum kenal tunang saya, saya dah tahu yang dia memang ada kawan perempuan yang paling rapat. Mereka rapat macam adik beradik.

tunang2

Lelaki itu kecewa apabila dia serin dipinggirkan oleh tunangnya sendiri. (Gambar Hiasan)

"Keluarga tunang saya pun dah anggap dia sebagai anak angkat dalam keluarga mereka. Persoalannya kat sini, saya bukan macam orang yang bertunang," luah pemuda itu.

Bercerita lanjut, dia mengakui terasa hati kerana sering diabaikan oleh tunangnya, malah mendakwa wanita itu sering mengutamakan rakan karibnya.

"Kalau tunang saya keluar dengan kawan dia, saya hubungi dia susah nak angkat. Katanya nak jaga hati kawan dia tu. Itu pertama.

"Kedua, andai kata saya nak ajak dia keluar, sebab seolah-olah perlu tanya dia hari apa yang dia free, sebab setiap masa dia memang selalu dengan kawan dia, sebab mereka duduk serumah," dakwanya lagi.

Dia cakap sepatutnya saya perlu lebih faham dia dan dia minta saya sabar sampailah dah kahwin.

PEMUDA TWITTER

Selain itu, tunangnya juga akan memaklumkan setiap apa yang berlaku kepada rakannya, sekali gus membuatkan pemuda itu berasa terpinggir dan tidak penting.

"Kawan dia tu la orang pertama yang tahu apa-apa jadi kat tunang saya. Saya kecil hati sebab saya bukan orang pertama yang tahu. Apa guna saya jadi tunang dia?

"Saya seperti tak disusahkan. Apa tugas saya sebenarnya kalau saya tak tahu apa-apa? Apa-apa tunang saya minta tolong kawan dia," ceritanya lagi.

Menurut pemuda itu, dia juga pernah membangkitkan isu berkenaan, namun masih tiada jalan penyelesaian sehingga ke hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi curang, ambil cuti sama dengan awek satu ofis! Isteri tahan nangis walau sedih, takut kena marah

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas lesbian nak kahwin tapi bakal tunang pula ungkit cerita lama... Paling kecewa siap halang berkawan dengan ex-kekasih

Lebih malang, si tunang meminta agar dia bersabar sehinggalah mereka mendirikan rumah tangga kelak.

"Mereka berkawan dari sekolah menengah sampai sekarang. Kami pernah deep talk tentang benda ini dengan tunang saya mengenai kawan dia.

"Dia cakap sepatutnya saya perlu lebih faham dia dan dia minta saya sabar sampailah dah kahwin. Kadang saya kecil hati. Sepatutnya kawan dia la patut faham hubungan kami sekarang," ujarnya.

Terdahulu, luahan hati lelaki itu yang disiarkan menerusi Twitter @pedoqpop turut meraih pelbagai komen netizen.

Berdasarkan kisah yang dikongsi, ada netizen turut membuat spekulasi bahawa tunang kepada lelaki itu sebenarnya memiliki nafsu songsang.

553

Lebih malang, tunang lelaki itu meminta dia bersabar sehingga mereka mendirikan rumah tangga. (Gambar Hiasan)

"Tunang kau lesbian. Tapi ada logik juga sebab kawan dia tak ada teman lelaki kot, itu pasal nak jaga hati.

"Tunang dia ni lesbian. Duduk serumah kan? Cuba tanya sekatil tak?

"Cuba kalau tunang dia ni laki, mesti orang terus suspek mereka tu gay.

"Kahwin sekali dengan best friend tunang," tulis beberapa pelayar Twitter.

Sebagai peringatan, perbuatan hubungan sejenis diharamkan haram dalam Islam dan semua pihak perlu menjauhinya

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain