BEKERJA sebagai pendidik pada zaman sekarang mempunyai banyak cabaran dan dugaan yang semakin kompleks.
Lebih mencabar lagi apabila perlu mengendalikan murid berusia bawah tujuh tahun yang masih kecil dan sukar dikawal.
Di Thread, seorang guru tadika tampil berkongsi kisah dirinya yang pertama kali diserang oleh murid ketika sedang mengajar.

Anak-anak perlu diterapkan dengan nilai murni agar mereka membesar sebagai insan yang beradab. -Gambar hiasan
"Empat tahun kerja dalam bidang perguruan, tak pernah lagi ada budak yang buat saya menangis sehinggalah hari ini.
"Ya Allah, hancur dan sedih gila hati saya bila budak tu lempar botol air kepada saya dengan marah.
"Saya tak boleh nak tengok muka, apatah lagi untuk bercakap dengan dia," luahnya.
- Seorang guru tadika mendakwa diserang murid ketika mengajar.
- Muridnya secara tiba-tiba membaling botol air.
- Guru itu sedih dengan tindakan muridnya.
- Dia tertanya-tanya jika dirinya gagal sebagai pendidik.
- Dia berpendapat ramai kanak-kanak kini mempunyai masalah emosi dan sikap.
Susulan kejadian tersebut, dia terpaksa meminta bantuan rakan sekerjanya untuk menguruskan murid berkenaan.
Di sebalik kejadian itu yang turut membuat hatinya terluka, wanita itu berkata dia tidak menyalahkan kanak-kanak berkenaan.
"Saya tak salahkan budak tu. Dia marah dan baling barang sebagai tanda protes, saya pula terasa hati apa yang dia buat.
ARTIKEL BERKAITAN: Penangan kerap hantar anak ke tadika, bapa jatuh cinta dengan cikgu... Mesej di WhatsApp bukti siapa mula angkara
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita bebal, tak faham bahasa! Jiran ada urusan lain, tetap desak tolong hantar anak ke tadika... Suami sedap tidur
"Saya tak pernah salahkan dia, cuma sedih dan terkejut sebab saya sayang murid-murid saya.
"Saya doakan semua cikgu dan ibu-ibu agar bertabah dengan budak-budak," tulisnya lagi.
Dalam hantaran sama, guru itu berkata dia melihat ramai kanak-kanak zaman sekarang yang mempunyai masalah emosi.

Kanak-kanak dihantar ke tadika terlebih dahulu sebelum melangkah ke alam persekolahan. -Gambar hiasan
"Saya tahu orang akan cakap biasalah, itu budak. Tapi tolong jangan normalisasikan ayat itu.
"Kebanyakan budak sekarang, termasuklah di tempat saya, memang ada isu tentang sikap. Saya tak tahu kenapa mereka marah dan beremosi.
"Adakah sebab terlalu dimanjakan, atau saya gagal sebagai pendidik?" tulis wanita itu lagi.


