NIAT murni seorang lelaki yang membantu menghantar anak jirannya ke sekolah bertukar menjadi beban apabila ibu kepada kanak-kanak itu mula mengambil kesempatan.
Berkongsi cerita di media sosial, pemuda itu berkata dia terkejut apabila wanita tersebut mula menyerahkan tugas menghantar anaknya ke tadika, tanpa berbincang terlebih dahulu.
"Dulu aku pernah tolong hantar anak jiran ke sekolah sebab kebetulan anak dia satu tadika dengan kakak (panggilan anak).
"Tiba-tiba keesokannya dia hantar anak dia ke depan rumah aku, nak suruh hantar sekali... alasannya sebab satu sekolah dan suami dia penat baru balik syif malam.

Anak-anak biasanya akan mengikut sahaja arahan ibu dan bapa. -Gambar hiasan
"Aku kesian juga tengok budak tu, jadi aku hantarlah juga," ujarnya di laman Thread.
Menurut pengadu, situasi menjadi semakin meruncing apabila dia tetap diminta untuk menghantar anak jirannya itu meskipun pada hari cuti.
Lebih mengejutkan apabila kanak-kanak perempuan itu dibiarkan pergi ke rumahnya tanpa ditemani sesiapa.
"Dia suruh anak dia datang sendiri, rilek je budak tu kata mama kata uncle janji nak hantar.
ARTIKEL BERKAITAN: Jiran naik lemak lepas sekali dibantu! 'Pantang' dengar bunyi pagar kelam kabut keluar minta tolong hantar anak ke sekolah
ARTIKEL BERKAITAN: “Menggeletis minta suami aku ambil serai!” - Wanita ‘tangkap’ jiran perempuan tak tahu malu, kerap muncul depan rumah waktu Maghrib
"Kali ni aku tolak sebab hari tu aku dengan kakak cuti, kakak ada temu janji doktor, jadi aku suruh dia balik dan minta ayahnya hantar.
"Tak sampai 10 minit dia datang balik cakap mama suruh uncle hantar juga, ayah penat, mama tak ada masa," katanya yang mula hairan memikirkan sikap jirannya itu.
Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, dia menghantar budak perempuan itu ke rumahnya semula.
- Seorang lelaki tolong hantar anak jiran ke sekolah, tapi jiran mula ambil kesempatan.
- Jiran serah tugas hantar anak setiap hari, beri alasan suami penat syif malam.
- Minta hantar juga walaupun hari cuti dan ada urusan penting.
- Jiran anggap tugas hantar anak sebagai tanggungjawab lelaki itu.
- Warganet nasihatkan tetapkan batas supaya tak dieksploitasi.
Namun dia terkejut mendengar kata-kata wanita itu, seolah-olah tugas menghantar anaknya adalah tanggungjawab dirinya.
"Aku cakap kat dia, sorry kak, hari ini saya tak boleh sebab ada temujanji hospital dengan Zara.
"Tapi dia jawab alah, bukan jauh pun, hantar Diya (anak jiran) dulu, nanti pergilah hospital, cuti kan banyak masa kau," katanya lagi.
Dia yang enggan memanjangkan perbualan kemudiannya menyatakan tindakannya menghantar kanak-kanak itu ke tadika hanyalah satu pertolongan dan bukannya dibayar.

Netizen meluahkan rasa kasihan pada anak jirannya itu.
Beranggapan perkara tersebut telah selesai, lelaki ini terkejut apabila mengetahui dirinya menjadi bualan orang kampung.
Namun dia menzahirkan rasa syukur apabila masyarakat setempat mengetahui sikap sebenar jirannya itu yang gemar mengambil kesempatan.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi warganet yang menasihatkan supaya dia menetapkan batas dalam membantu orang lain agar diri tidak dieksploitasi.
"Selalu rasanya terjadi di pejabat je, tolong sekali kemudian terus jadi kerja kita.
"Paling keisan kat anak dia sebab dapat mak bapa bebal macam tu, terpaksa ikut arahan mak, tebalkan muka datang rumah encik dan terpaksa mengekor je mana-mana anak encik pergi sebab nak balik sekali.
"Caj duit minyak kereta la," demikian antara reaksi warga maya.


