HAL-hal berkaitan keluarga yang tidak dapat dielakkan atau berlaku kecemasan kadang kala menyebabkan ibu bapa tidak dapat menghantar anak ke sekolah.
Namun perkongsian seorang wanita di laman sosial amat mengejutkan ramai apabila terdapat ibu bapa yang menjadikan sambutan hari lahir sebagai alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.
"Dalam grup sekolah anak aku tadi... kalau aku kan, nak tulis alasan anak tak ke sekolah tu fikir 10 kali," tulisnya di Threads.

Tangkap layar yang dikongsikan seorang wanita.
Pada masa sama, dia turut berkongsikan tangkap layar mesej ibu bapa tersebut yang dihantar dalam kumpulan WhatsApp kelas sebagai menyokong perkongsiannya.
Berdasarkan apa yang dipaparkan, seorang waris murid dipercayai ibu bapanya menyatakan alasan anak tidak hadir kerana menyambut hari lahir.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar malas hadir jamuan raya, ‘gelabah’ cikgu larang mekap... Wanita terkejut ‘diserang’ sebab beri nasihat
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita risau trend ‘halalkan’ anak ponteng sekolah sebab balik kampung... Sekali ‘diserang’ geng ibu bapa, guru
Lebih mengejutkan ketidakhadiran itu direkodkan selama dua hari iaitu pada Khamis dan Jumaat.
Susulan itu, guru kelas menegur waris bahawa alasan sebegitu tidak diterima dalam sistem persekolahan.
- Seorang ibu bapa beri alasan anak tidak hadir sekolah kerana sambut hari lahir.
- Alasan itu tular selepas dikongsi dalam kumpulan WhatsApp sekolah.
- Ketidakhadiran murid direkodkan selama dua hari berturut-turut.
- Guru menegaskan sambutan hari lahir tidak diterima dalam sistem perguruan sebagai alasan rasmi.
- Netizen mengecam tindakan tersebut, anggap ibu bapa tidak serius tentang pendidikan anak.
"Lepas ni tak boleh macam ni lagi... dalam sistem tak ada sambutan hari lahir," jelas guru tersebut.
Perkongsiannya itu mengundang pelbagai reaksi warga maya yang turut menyelar tindakan waris murid berkenaan yang seolah-olah tidak mementingkan pendidikan anak.

Ramai yang tidak bersetuju dengan alasan waris murid terbabit.
"Sekarang memang tak ada surat formal ke? Kiranya, masalah tak hadir tu hanya melalui WhatsApp je?
"Punya banyak alasan, kenapa bagi alasan yang mengarut macam tu.
"Mak ayah sekarang ni jenis tak malu dan bangga dengannya, sebab itu budak-budak zaman sekarang pun lain macam perangai.
"Rasanya dia bawa anak pergi bercuti semasa hari lahir, mungkin daftar masuk hotel tiga hari dua malam, tapi boleh letak alasan bercuti ke Langkawi, eloklah sikit," demikian antara reaksi warga maya.


