suria

“Bertunang setahun, RM500 je kau mampu kumpul” - Wanita batal nikah guru, ‘sengkek’ sebab tak bijak urus wang

Faktor kewangan menjadi antara punca pasangan berselisih faham. -Gambar hiasan

PERANCANGAN kewangan bukan sekadar menabung atau menyimpan wang semata-mata.

Banyak perkara lain yang perlu diambil kira terutama sekali apabila merancang untuk mendirikan rumah tangga.

Namun begitu masih ramai mengambil mudah tentang perkara ini, sama ada kerana kurang ilmu, sikap sambil lewa atau kurang mempunyai kesedaran.

Di laman sosial, seorang wanita berkongsi pengalamannya menjalinkan hubungan dengan pasangan yang tidak mementingkan perancangan kewangan sedangkan mereka bakal melangkah ke alam perkahwinan.

Setiap pasangan perlu mengambil kira pelbagai faktor sebelum melangsungkan pernikahan, antaranya kestabilan kewangan. -Gambar hiasan

"Punyalah kenal aku lama, bertunang satu tahun, RM500 je kau mampu kumpul. Dia cikgu, aku kerja swasta masa tu.

"Aku ingatkan ada la dalam RM7,000 dah kumpul, rupanya RM500 je dia ada. Serius aku tak faham," tulisnya dalam hantaran berkenaan.

Tambah wanita tersebut, pasangannya itu merupakan anak bongsu malah menetap bersama keluarga, justeru tidak mempunyai komitmen bulanan yang tinggi.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita pening tunang umur 25 tiada lesen kenderaan, terlalu selesa naik LRT - “Dia nak harapkan kereta aku ke?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Aku nak makan ayam, dia order sotong!” - Wanita geram tunang berlainan bangsa tak faham bahasa, setiap masa nak marah

"Aku baru ada niat nak tolong topup duit dia incase banyak dah dia kumpul. Ye la, nak bagi cepat halalkan hubungan. Kecewa sungguhlah.

"Kami almost 29 tahun masa tu. Dia pakai Myvi. Rasanya (sebab) lifestyle dan tak bersedia nak kahwin lagi kot," tulisnya.

Bersyukur jodoh mereka tidak panjang, wanita itu berkata dia sekadar berkongsi pengalaman masa lalu agar dapat dijadikan panduan buat gadis lain supaya tidak tersalah memilih pasangan.

  • Seorang wanita kecewa dapat tahu tunang hanya ada RM500 simpanan walau dah bertunang setahun.

  • Dia tak sangka lelaki itu tak buat persediaan kewangan walaupun tiada komitmen tinggi dan umur hampir 30 tahun.

  • Wanita itu kongsi pengalaman supaya gadis lain berhati-hati pilih pasangan, bukan hanya berdasarkan cinta.

  • Netizen puji wanita itu kerana tinggalkan tunang dan pilih pasangan lebih bertanggungjawab.

  • Ramai kongsi pengalaman serupa, dan tekankan pentingnya perancangan kewangan serta kesediaan sebelum kahwin.

"Sebab nak pilih suami ni sama macam pilih baju, kasut dan lain-lain. Dan kena lebih memilih sebab nak elakkan dapat yang tak elok.

"Bukanlah nak lelaki kaya, tidak. Cukup sekufu, tahu agama dan bertanggungjawab… betul tak?" tulisnya lagi sambil menambah dia sudah berkahwin dengan lelaki lain.

Di ruangan komen, warga maya bersetuju dengan pandangannya malah menyifatkan tindakan memilih lelaki lain sebagai suami adalah langkah yang tepat.

Sebahagian pandangan warga maya.

Ada juga yang turut berkongsi pengalaman hampir serupa apabila bercinta dengan lelaki yang tidak serius sehingga hubungan akhirnya putus di tengah jalan.

"Maaf cakap, lelaki tu tak serius. Aku dulu selagi duit tak cukup, tak berani nak janji. Umur 34 tahun baru la ready

"Kahwin ni bukan sahaja nak halalkan hubungan tapi nak bina rumah tangga. Jadi visi masa panjang kena ada.

"Macam tak sedia je nak kahwin. Dah terang lagi bersuluh. Orang lain setahun dah boleh kumpul banyak sebab nak halalkan cepat," antara komen netizen.

Artikel Lain