TEMPOH pertunangan merupakan fasa yang paling mencabar bagi pasangan yang bakal bergelar suami isteri.
Ia bermakna bukannya mudah untuk menamatkan zaman bujang jika jiwa tidak kental dan tiada persefahaman antara satu sama lain.
Nampaknya perkara itu dilalui seorang wanita yang bergelar tunangan orang.
Menurut wanita itu, dia dan tunang bakal melangsungkan perkahwinan campur memandangkan kedua-dua mereka berlainan bangsa.
Setiap pasangan mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan
"Sepanjang perjalanan kami ni, banyak benda yang buat aku geram dan menguji kesabaran.
"Setiap kali kami bincang apa-apa atau borak biasa sekalipun, mesti aku naik angin," katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
ARTIKEL BERKAITAN: Kebenaran terbongkar lepas sebulan tunang, pasangan kantoi skandal janda berumur! Bakal mentua minta peluang kedua
ARTIKEL BERKAITAN: Wanita ‘kalah’ dengan janda anak satu, impian kahwin musnah... Makin serabut bekas tunang desak pulangkan duit, barang hantaran
Bukan mahu bersikap baran, namun wanita itu berkata dia sebenarnya letih berhadapan dengan perangai tunangnya yang seakan tidak begitu serius apabila diajak berbincang.
"Penat nak ajar satu-satu. Aku yang perempuan pula kena cakap direct yang perempuan itu ini, perkahwinan itu ini. Macam-macam lagi la. Tapi semuanya sia-sia je.
"Aku bercakap dengan dia selama ni macam ayam dengan itik, kucing dengan anjing je. Kadang-kadang aku borak topik serius dan tengah marah pun dia tak faham," ujarnya.
Ujian bertunang, kalau lulus ujian dariNya, berjodohlah.
NETIZEN
Jika hal-hal serius sukar untuk difahami, katanya, perkara yang remeh dan kurang penting pastinya menjadi lebih rumit.
"Kadang-kadang aku cakap tak boleh selalu call sebab kita ada hal masing-masing dan call apabila free je... itu pun dia susah faham.
"Ada sekali tu aku dah cakap nak makan ayam dia pergi order sotong. Allahuakbar, aku dah tak tahu nak cakap macam mana. Sampai aku pula yang kena ajar dia tentang rumah tangga," katanya.
Konflik dalam perhubungan boleh berlaku disebabkan tiada persefahaman. -Gambar hiasan
Menurut wanita itu, jika diikutkan hati dia mahu saja memutuskan pertunangan disebabkan sikap tunang yang menjengkelkan, namun perasaan sayang terhadap jejaka berkenaan masih menebal.
"Aku tak berkias pun dia susah faham. Keluarga kami semua dah restu. Tapi aku rasa nak putuskan je pertunangan ni. Tapi aku sayang dia," katanya yang mengakui cuba untuk kuat menahan sabar.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan simpati kepada bakal pengantin itu, dan menasihatinya agar kuat berdepan dengan ujian pertunangan.
"Ujian bertunang kak, kalau lulus ujian dariNya, berjodohlah. Kalau gagal, akan datang pasti muncul rasa penyesalan.
"Ni bukan soal beza budaya, beza bangsa. Ini soal beza perangai, beza pemikiran. Ada orang, hidup dia straight to the point. Hadap je apa di depan, bukan jenis fikir, penyelesai masalah.
"Hidup berumah tangga akan ada ujian walaupun tak kahwin campur. Kena tolak ansur dan faham-memahami. Jika masa bertunang dah rasa tak boleh, keluarlah. Tapi jika masih sayang, berkorbanlah," komen warga maya.