SUDAH jadi lumrah dalam rumah tangga apabila isteri memasak untuk keluarga selain melakukan tugas-tugas lain sambil dibantu suami.
Bagaimanapun, seorang individu tampil mendedahkan mentaliti kelompok wanita yang enggan melakukan kerja rumah seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan kaum Hawa.
Berkongsi kisah di laman Threads, individu itu berkata kelompok isteri sebegitu menganggap mana-mana wanita yang sanggup bersusah memasak untuk keluarga seolah-olah rela diperlakukan seperti pembantu rumah.

Suami isteri mempunyai cara tersendiri untuk membina rumah tangga dan keluarga bahagia. -Gambar hiasan
"Pernah borak ramai-ramai dengan sekumpulan wanita. Mereka tahu saya memang suka masak dan hampir setiap hari masak.
"Tiba-tiba ada seorang ni kata... Baguslah awak suka masak, tapi tu la, suami saya tak pernah suruh saya masak. Rasa bertuah sangat sebab suami saya tak kulikan saya," dia memulakan cerita.
Berasa tertampar mendengar kata-katanya, wanita itu menjelaskan bahawa dia melakukan kerja-kerja rumah atas kehendak sendiri tanpa dipaksa suami.
"Tergamam saya ye. Untuk pengetahuan semua, suami saya tak pernah suruh saya masak, malah dia sangatlah manjakan saya.
"Most of the time, saya masak sebab memang saya suka, ia terapi buat saya, hobi saya," jelasnya.
Tambahnya lagi, memasak yang juga menjadi rutin harian bagi dirinya turut dianggap sebagai salah satu cara untuk menterjemahkan kasih sayang terhadap suami dan keluarga.
Bagaimanapun katanya, dia sedar cara setiap wanita menunjukkan rasa sayang kepada keluarga adalah berbeza tetapi tidak sama sekali berfikiran sempit.
ARTIKEL BERKAITAN: Suami buntu dah anak 3 tapi isteri malas masak... barang dalam fridge semua rosak, asyik bergosip adik-beradik - “Baju tak basuh tak lipat tu memang tak payah cerita la”
ARTIKEL BERKAITAN: Suami sanggup buat 2 kerja, semua gaji guna untuk famili... Isteri tetap tak puas hati, sebabnya tak bantu buat kerja rumah
"Betapa sempitnya sesetengah orang punya pemikiran. Tak sangkalah pula ada yang anggap masak untuk suami atau keluarga tu sebagai 'kuli'.
"Saya masak sebab ini cara saya express kasih sayang. Kalau awak tunjukkan kasih sayang dengan cara lain, awak boleh teruskan cara awak.
"Masing-masing ada cara tersendiri. Tak perlulah judge (hakimi) orang lain pula," tambah wanita itu lagi.
- Seorang wanita sering memasak untuk ahli keluarga.
- Tindakannya itu dianggap oleh sesetengah pihak sebagai 'diperalatkan oleh suami sendiri'.
- Wanita itu menyifatkan dia memasak dengan rela hati, hobi dan terapi tanpa dipaksa suami
- Walau sering masak, suami tetap manjakan dirinya dan adakala suami juga memasak
- Netizen berpendapat rakan wanita itu mungkin cemburu kerana tak pandai masak atau malas masuk dapur
Menerusi ruangan komen, ada netizen yang berpandangan individu terbabit hanya cuba memanipulasi keadaan demi menutup kekurangan dirinya.
"Husband tak ada la kata kena masak ke apa, tapi pandai-pandailah bawa diri. Pemalas cakap je la pemalas.
"Dah pandai masak, masak je la. Apa masalah masak untuk husband dianggap macam kuli. Very low mentality.
"Dia tak faham ke, antara suka masak dan kena paksa masak? Kadang orang macam ni dia jeles kot, sebab orang dok share pasal masak, tapi dia tak pandai masak."
"Laki tak suruh sebab tak sedaplah tu kalau dia masak. Nak jaga hati bini, tak payah bagi bini masak," antara komen netizen.

Antara reaksi warga Threads.
Sementara itu, ramai juga golongan isteri menyifatkan penat lelah menyediakan santapan buat keluarga dirasakan berbaloi apabila usaha mereka dihargai.
"Masak memang best, apatah lagi bila tengok makanan yang kita masak habis licin suami dan anak-anak makan. Rasa macam satu pencapaian.
"Lebih-lebih lagi, air tangan seorang ibu sememangnya tiada tandingan.
"Kadang-kadang kita masak sebab bosan dengan makanan luar, plus kita happy bila tengok anak-anak makan bertambah. Bila tua nanti, saya nak anak-anak saya balik rumah sebab teringat masakan mak," demikian perkongsian netizen.


