suria

Suami isteri bercerai gara-gara lupa ‘log out’ WhatsApp dekat komputer pejabat... Ibarat ‘jackpot’ bagi orang tak jujur

Kandungan dalam telefon tidak sepatutnya diakses orang lain selain pemiliknya sendiri. -Gambar hiasan

TELEFON bimbit bukan sahaja menjadi medium komunikasi, malah ia menyimpan pelbagai maklumat peribadi pemiliknya.

Selain foto dan gambar, telefon bimbit juga menyimpan pelbagai mesej yang tidak sepatutnya dibaca oleh orang lain.

Di Thread, seorang pemuda menasihatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan peranti di tempat kerja.

photo of sex abuse at work place.( October 22 ,2021)- AZHAR MAHFOF/The Star

Wujud segelintir individu yang berlakon baik, namun berniat jahat terhadap rakan sekerja. -Gambar hiasan

"Pesanan khidmat masyarakat. Untuk anda yang suka log in WhatsApp dekat komputer tempat kerja, aku nasihatkan tak payah buat dah lepas ni.

"Sebab aku dah tengok sendiri hidup orang berubah lepas dia lupa log out sebelum balik kerja. Cara orang tengok dia pun dah tak sama macam sebelumnya.

"Benda tu sangat personal, ibarat jackpot terbesar bagi orang yang tak jujur atau pesaing di tempat kerja untuk gali maklumat pasal diri anda," tulisnya.

  • Banyak maklumat peribadi disimpan dalam telefon.
  • Pemuda nasihati orang ramai supaya hati-hati guna WhatsApp di pejabat.
  • Kandungan dalam WhatsApp boleh menyebabkan hidup seseorang musnah.
  • Ramai netizen akui pernah berdepan situasi sama.
  • Ada kes berlaku perceraian kerana rahsia terbongkar melalui WhatsApp.

Dalam perkongsian sama, dia turut menasihati orang ramai untuk membuat semakan sekiranya aplikasi WhatsApp mereka boleh diakses menggunakan peranti lain.

"Cuba semak balik dekat WhatsApp, ada link dengan mana-mana device yang anda terlupa log out?

"Kalau tengok ada kawan yang terlupa, tolong log out atau inform kawan untuk log out," pesannya lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja Gen Z ‘hilang’ lepas sebulan kerja, senior risau jika tiba-tiba jatuh sakit... Status WhatsApp bongkar segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Dah habis waktu pejabat mesej WhatsApp berkaitan kerja tetap masuk, bos masih bagi arahan... Salah ke abai, keluar grup?

Di ruangan komen, beberapa individu turut mengakui kebenaran nasihat itu kerana mereka juga pernah berada dalam situasi sama.

Selain menjadi punca masalah di tempat kerja, kes ini turut menyebabkan berlakunya perbalahan besar antara pasangan.

"Sebab kantoi WhatsApp web lupa log out kat laptop la punca kami bercerai. Allah nak tunjuk dengan pelbagai cara.

Story on educate student/secondary school how to using sosial media correctly.

Ramai individu menggunakan WhatsApp sebagai medium komunikasi dengan rakan sekerja. -Gambar hiasan

"Ada bekas staf saya. Dia lupa log out WhatsApp. Suami dia baca, rupanya ada skandal di ofis.

"Pernah pakai komputer kawan sekerja. Ternampak dia masuk group lucah. Dah la dia perempuan.

"Kes ni pernah berlaku dekat suami. Ada orang tak amanah ceroboh komputer, buat sampai dia kena buang kerja," tulis netizen.

Artikel Lain