suria

Bos bengang 2 jururawat hamil serentak, risau tak cukup staf! Lega salah seorang keguguran, anggap doa makbul

Setiap wanita berkerjaya berhak menjalani kehidupan seperti individu lain. -Gambar hiasan

SEORANG jururawat meluahkan rasa kecewa terhadap sikap majikannya yang disifatkan tidak sensitif apabila bercakap mengenai salah seorang staf yang hamil dan mengalami keguguran.

Menurut perkongsian jururawat itu di media sosial, majikannya berasa tidak puas hati apabila mendapat tahu bahawa dua jururawat di bawah seliaannya hamil serentak.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka mengalami keguguran pada Rabu lalu dan majikannya meluahkan rasa lega kerana tidak akan berdepan masalah kekurangan staf disebabkan cuti bersalin kelak.

Majikan perlu membuat perancangan awal sekiranya mendapat tahu pekerjanya hamil. -Gambar hiasan

"Ada staf mengandung dua orang pada masa sama. Tapi seorang pekerja baru je keguguran hari ni (Rabu).

"Dia boleh cakap lega dan bersyukur sebab dia tidaklah kekurangan pekerja nanti. Dia kata Allah makbulkan doa dia," wanita itu bercerita di Threads.

Apa yang lebih mengejutkan, majikan berkenaan turut memberi amaran kepada staf-staf lain supaya mengelakkan situasi sama daripada berulang.

ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat rupanya bawa diri kerja di Arab Saudi... Tak balik beraya tapi syukur dah tak perlu berkira beri duit untuk mak ayah

ARTIKEL BERKAITAN: Hari cuti pun kena kacau! Petugas klinik naik meluat layan kawan ‘kaki MC’, sibuk nak tahu giliran doktor bertugas

"Siap bagi amaran dekat staf dia lepas ni kalau nak mengandung pandang dulu kiri dan kanan.

"Jangan mengandung masa sama dan kalau nak mengandung lepas ni kena beritahu dia. Anda semua ada ke bos macam ni dekat hospital," ceritanya lagi.

Luahan itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan majikannya.

  • Seorang jururawat kecewa melihat majikan yang tak sensitif selepas dapat tahu stafnya keguguran.
  • Majikan berasa lega kerana pekerja itu boleh kembali bekerja dan tidak mengalami masalah kekurangan staf.
  • Dia turut beri amaran supaya pekerja lain tak hamil serentak serta perlu memaklumkan lebih awal jika mahu mengandung.
  • Luahan jururawat itu mengundang kecaman netizen yang menganggap majikan tidak berperikemanusiaan.
  • Ramai kongsi pengalaman sama dan menegaskan bahawa soal kehamilan adalah privasi pekerja, bukan hak majikan untuk tentukan.

Rata-ratanya turut berkongsi pengalaman dengan menceritakan situasi sama berlaku kepada mereka sebelum ini.

"Sama macam bos saya. Dia bagi amaran dekat pekerja baharu kalau nak mengandung kena beritahu dia dulu, bukan benda macam tu semua urusan privasi ke?

Antara komen netizen di media sosial.

"Hanya kerana awak tak hamil jangan rasa doa awak tu hebat ya. Masa awak hamil dulu pun menyusahkan pekerja-pekerja lain juga kena cover (ganti) kerja awak.

"Saya rasa tak salah pun nak mengandung cuma bila dah 12 minggu, awak kena maklumkan pada pihak atasan supaya mereka boleh buat rancangan. 

"Ini sorok sampai sampai trimester ketiga. Yang merana sebenarnya rakan sekerja bukan majikan," komen beberapa netizen.

Artikel Lain